28 April 2012

poster warna-warni



test fitness dulu pagi ni


yang ini menarik


ha?
                                                                 *cas kamera*




hee ho!

25 April 2012

terima kasih Ustaz


Ustaz.


Boleh tak kami baca separuh muka surat je hari ni?

*Ustaz angguk*

Kenapa tadi masa Dal baca Ustaz tak tegur pon kesalahan bacaan dia? Masa Aliff baca tadi, semuanya Ustaz semak. Makhraj huruf, titik, baris atas, baris bawah, baris depan, tanwin, tajwid, dengung, tak dengung, suara halkum, suara lidah semua bagai. Bacaan Dal tadi perfect ke ustaz?

*Ustaz angguk*

Ustaz, boleh tak Ustaz gigih sikit bagitahu kami tang mana yang salah dan pasaipa salah? Ini Ustaz cuma betulkan dengan bacaan Ustaz, lepastuh suruh kami ikut ulang. Hukum apa, cara baca, contoh ayat lain, Ustaz tak ulangsebut sekali. Acano Ustaz?

*Ustaz angguk*

Boleh tak lepas-lepas ni Ustaz kurangkan kongsi  isu politik, isu nak berbisnes, isu orang tu buat MLM tu, orang ni fe’el macam ni… Kami nak dengar kisah-kisah sebab-musabab turun ayat banyak-banyak, ini kan kelas tilawah, tak gitu Ustaz?

*Ustaz angguk*

credit - MBaqerstyle


Ustaz...

Ustaz...

Ustaz masih lena lagi ka?


________

sesi akhir kelas tilawah; SHAS mosque.

terimakasih untuk Ustaz yang gigih melayan pelbagai demand dan gurauan saya sepanjang sem ni. belajar tilawah ni, kenalah serupa stail kelas tilawah masa kecik-kecik dulu. baru seronok, ye dak?


semoga segala ikhtiar dalam hitungan Tuhan.


*eh, siapa kalah UCL tadi? kah3

20 April 2012

[PROMO] Dadih Osem; testimoni.

PROMO!


testimoni dari pembeli

1. Haih… tak boleh makan banyak-banyak, nanti jatuh cinta.
2. Kau tahu, mencumbu dadih osem buat aku mind-orgasm.
3. Dadih osem kau ni memang OSEM bro!
4. Eh, RM1 je ke?
5. Kau buat dadih ni dengan cinta ke bro?
6. Peh, kreatif!
7. Sepatutnya dadih ni namanya dadih cinta.
8. Esok aku nak perisa coklat strawberi pulak!
9. Serius Osem!!!
10. Comel. eh ada ke attribut makanan comel?

lagi - klik sini


I. Aku rasa macam nak pergi Jepun cari Doraemon. Pinjam dari dia terowong mengecil fizikal kemudian berbaring memandang langit di atas kapal terbang ni.  *testimoni pelanggan plane replica*

II. Wanginya. Haruman Saudi disulami harum berjenama. Aku nak yang ini. Bau ni, macam candu aku.*testimoni pelanggan perfume*



Esok, SABTU 21 APRIL 2012 ialah hari terakhir untuk ENGINIUS BIZ BAZAAR FAIR 2012.
jemputlah singgah ke gerai kami di KANOPI NOMBO 5 dari FEMALE MOSQUE ENTRANCE.
kami menjual; dadih osem, perfume, jus Abqari penerang hati, mutiara Sabah, minuman, pelbagai jersi(EURO'12), tudung, preloved clothing(sisters). Semuanya dijual dengan "pekerti".

=)








18 April 2012

[PROMO] Kanopi nombo 5 dari female entrance

ha? amacam? poster versi pemalas


ready-stock


material: cast iron


yang ni pre-order. harga mereka aku jual RM22(bukan last price)


untuk menjana tabung mendirikan masjid, tabung nak drop subjek tabung masa depan, anda semua boleh bantu aku dengan membeli di gerai kami.

fyi, pembeli pertama replika kapal terbang ini ialah seorang pelajar asing. dia beli model Malaysia Airlines - Hibiscus. Ya, yang warna merah tu. dan dia bukan orang Malaysia pon.

*senyum*

oh ya, disebabkan demand yang tinggi dari kawan-kawan, dadih osem akan dijual seawal Khamis ni. InsyaAllah, aku usahakan. Kalau takde Khamis nanti, datanglah Jumaat.
cewah!

;p


Moh bersama-sama menjadi osem Khamis, Jumaat dan Sabtu tu.





*rasa berani nak tinggalkan barang niaga bila bisnes dekat dengan masjid ni tau*


15 April 2012

bau kedai...




Alhamdulillah. dan terima kasih semua yang menderma.




entri identikal offisyel sini.


kicau lazer ; melintas

kicauan asal
"hello gadis, tak perlulah terlalu ayik paku mata pada fon semasa melintas jalan. keselamatan kamu lebih berharga tahu..."

kicauan balas
"tengah taip wasiat lettew"




11 April 2012

ini apa ya?

salam alayk'

klik pada gambar untuk tumbesaran makro

Masa mula-mula aku ambil keputusan untuk merekabentukakhirkan tshirt ni, aku tak pernah fikir apa tamsilan pertama yang datang dalam fikiran mereka yang melihat, tentang corak pada bahagian depan tshirt.

Mereka tenung, tenung, dan tenung. Kemudian kerut dahi.

kumpulan blok apa ni?

design abstrak apa ni?

tapi kenapa rasa macam biasa nampak?

tanda soal diacu bertubi-tubi.

sampai ada kawan tu sangka aku berteka-teki dengan dia. puas dia mencari simbolik kesyaitanan yang ada pada design ni. Masonic, Illuminati, Sion dan segala macam teori konspirasi yang berkaitan.

dan bila dia give up, aku tunjuk pada salah satu blok hitam pada design.



"Sekarang ni, kita ada kat sini... sini kafe..."



Dia tepuk dahi. Aku senyum rapi.
Baru dia tahu sumber design dari sini.



________

kau suka label semua yang nampak aneh itu masonic kan. bagi ruang kejumudan mengewap hilang dari kepala boleh?
aku tak rugi apa-apa. tapi kau, yang terperangkap dalam judgement kau sendiri.




08 April 2012

lidah lazer #1


"cantik jubah"
"mestilah. bakal zaujah bagi"
"tau tak, kau nampak macam orang yang gi masjid sokmo, walaupun sebenarnya seminggu sekali je..."



kami sengih sama-sama. boleh tahan kuat juga dia punya grip. sesak.






05 April 2012

bukan suka-suka

salam alayk'





dirakam;
aku tinggalkan sampah di tengah jalan,
aku biarkan ia dipandangbiarkan oleh orang,
tak ada yang mahu mengutip.

dirakam;
anak-anak kecil sahaja yang beri tumpuan pada distraction di tengah jalan,
yang waras cuma kecilkan mata dan mengelak,
sampai dikutip seorang tua yang kerjanya membersihkan halaman.

dirakam;
tong sampah cuma disamping.

dirakam;
terima kasih kepada semua yang tunjuk muka, dirakam rupa, lalu lalang, hidupkan suasana ignoren masyarakat kita.

juga terima kasih kepada;
yang sekali dibriefing sudah faham lalu hangguk kepala;
yang sama-sama yakinkan bahwa kita tak syok sendiri,
juga yang buat aku tak nampak gila diakhirnya;
terima kasih, dan tahniah. semoga usaha kerdil kita di petang itu dalam hitungan Tuhan,
moga Allah redha kalian.



macam dalam banner:
Don't litter, but if someone else does, help them pick it up!

praktis kawan, praktis!