Hujan dan panas walaupun tampak berlawanan sebenarnya
berpasangan dan mengimbangtara antara satu sama lain. Kalau tak, mana datangnya
hujan panas? Atau panas sebelum hujan dan nyaman kemudiannya? Atau kemarau yang
digembirakan kelembapan? Dan cendawan membiak-biak, ha!? itu cerita lain.
Bawa
kegembiraan. (Ar-Rum 30:48)
Beri peringatan membina kekuatan. (Hud 11:52)
Dan pernah juga sebagai azab. (Al-A’raf 7:84)
Kita boleh lihat variasi bentuknya kan? Dari gerimis
sehingga selebat-lebatnya. Cuma sekali-sekala kedengaran hujan batu yang pejal
dan padu.
Sungguh, rahmat lebih banyak dari azab. Malah terpancar dalam susunan spektrum warna di balik awan. Siap dengan amaran purbakala, dilarang menuding pelangi.
call the rain - credit |
Walaupun demikian, pernah juga pada hari panas terik kain di
jemuran tidak kering.
Semuanya disebabkan rintik hujan dari jemuran tingkat atas ditadah kain jemuran tingkat bawah dalam paksi selari.
*mendongak*
"Mahu basah bersama" kata pemiliknya sambil mempromosi solidariti blok.
Menurutnya lagi, memerah pakaian cucian itu tidak
ada dalam rukun mencuci baju. Unik bukan?
Unik Achik hang!
____
7 comments:
Unik achik hang! Hahahahaha! Terbaik.
Zizie;
achik ke? harap2 x.
=)
Hahaha... solidariti blog yg mengagumkan. Disebabkan aku di atas, kau dibawah kenalah merasa airnya ;P
Diskusi poyo yg sgt mempoyokan~ haha
keunikan yg normal =D
huzaifah;
kalau aku korek dasar, sama-samalah kita jatuh.
XD
diskusi poyo secara ilmiah.
Cikteddy;
eh iye?
rasanya, pengalaman asrama - dibuli dan membuli - sedikit sebanyak mengajar rukun2 mencuci baju yg standard.
pernah terbaca ini ;
Seandainya matahari ibarat cobaan dan hujan ibarat rezeki, ternyata kita memerlukan keduanya untuk melihat indahnya PELANGI
moga rahmat Allah sentiasa ada untukmu :)
penconteng;
komen kau, nais!
moga Allah redha kalian juga.
Post a Comment