maka setelah terhanyut ke lautan Firefox yang disinari gemerlapan Chrome,
MONOPOD Do-It-Yourself (DIY) telah pon dibikin.
Prosedur:
1. Bahan asas. Paip pvc (D25mm, D20mm), Nut, Bolt, Washer, watsoever. abaikan hasil-hasil tanaman dalam gambar.
Hardware tools; gergaji besi, driller, kikir dan apa apa lagi yang kamu rasa perlu. Pisang dan keladi dalam gambar tidak dicederakan sepanjang proses pembuatan monopod. |
2. Lepas ukur, gali lubang pakai driller. Kalau takda driller, tebuk pakai paku lepastu besarkan pakai pisau lipat macam zaman belajar Kemahiran Hidup.
untuk alignment yang jitu, drill terus kedua-dua batang paip. kalau rasa tangan dah cukup power, tak perlu clamp; seperti contoh. ha3 |
3. Lakukan finishing sebelum menyembur. Finishing ni macam buang sharp edge, kasi licin surface etc. Kemudian, sembur mengikut warna kesukaan. Tapi lebih baik gunapakai mana-mana sumber semburan yang ada untuk jimat kos. Tu pasal lah kaler hitam.
Tiada flora dan fauna yang terkena semburan disebabkan tahap kemahiran yang terlatih. |
stage pasang-memasang. |
handler ni dirembat dari mesin penyedut terpakai. ah! asal boleh pakai. |
5. Berdiri tegak, stabil dan hensem.
fakta: permukaan monopod mempunyai kerataan hampir 90 darjah. boleh berdiri tegap tanpa platform sebenornya. malas je nak tunjuk. |
6. Sesi jahit menjahit. Kalau tak pakai mesin; aku rasa aku ada bakat semulajadi dalam seni akupuntur, memandangkan lokasi akhir jarum asyik tak tembus bahan jahitan, malah jarum ni ghairah benar mahu menembusi jari. tsskk...
ke kain jeans ni luar biasa ketebalannya? bercorak juga jari-jemari aku.
bahan; seluar kain denim zaman 2006. |
7. Final.
macam samurai X pula terasa. ;p |
tali amek kat beg laptop yang dah rabak |
Total kos : RM 9.50
Total jam : 5 jam
sumber inspirasi - link
projek seterusnya - link
monopod ni sesuai diubahsuai untuk kegunaan GoPro Hero, DSLR atau videocam. cuma perlu tukar tapak platform sahaja.
sekian
5 comments:
ini apa? monopod?
*ingin tahu
wah @_@ menjahit.. unbelievable.. thanks doakan..
nadia rusli,
monopod ni fungsi dia sama macam tripod. untuk support kamera. cuma bezanya, dia ada satu kaki shj. mono-satu, tri-tiga, ye dak? di wikipedia dan youtube ada pnjelasan lg detail.
*betul-betul tanya ke ni?*
khairunnisa,
ha!? jahitan asas bukan unbelievable.
oh ya, selamat bertugas.
peh.
bermanfaat.
ya, bur-manfaat.
Post a Comment