09 January 2012

satira bergurau senda dengan si polan yang tiga...

salam alayk' & greetings.



Yang pertama ni selalu terkinja-kinja. Lagaknya hiper. Atau dalam bahasa orang muda, berjimba tak tentu hala. Serius ni wei! Kalau sekejap kau duduk bersama, dua minit je dia boleh pegun dan sopan. Minit ketiga akan buat kau menjadi saksi tarian esentriknya sumpah macam orang-orang sinting dengan rambut tokak. Eh, gaya rambut dia botak tak tokak. Masa baru haircut, setiap kali dia menghadap cermin dia berhenti. Dia tengok imej, imejnya pula tengok dia. Kemudian dia panggil aku lalu aku toleh dan ekspreskan muka-ingin-tahu. Dengan spastiknya dia halakan jari telunjuknya ke imej sendiri dan katakan "budak botak" sambil ketawa syok sendiri. Menakutkan bukan?

Yang lagi satu ni ialah yang paling hensem. Selalu berkepit dengan gitar pemberian makwe sempena hari lahirnya. Suara boleh tahan sedap sikit dari teman-teman yang lain. Bila dihadap cermin, dia akan mula berposing gaya konfiden. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian ditahan tak dihembus semula. Angin campuran oksigen, hidrogen, stokinogen, safetybootogen dan helmetogen berpadu ke dada. Maka, dada yang sempit terkembang, yang datar terbidang. Perut yang terjuih terempang, yang terboroi tersamar. Dalam 10 saat, imej dalam cermin membentuk seorang adiwira perkasa dengan susuk tubuh seorang lelaki sejati. Yeah! Lelaki sejati dengan dada bidang perut berketak enam sedang sedia berhadapan segala dugaan. 15 saat kemudian, imej adiwira sejati yang diyakininya tadi hilang bersama-sama helaan nafas yang disimpan. ppppuuiihh!

Oh, yang ketiga ini misteri. Sangat misteri dengan segala macam persoalan. Dia selalu menyepi. Dia selalu tak berkesempatan berprogram sekali. Yang paling misteri ialah bagaimana dia mengekalkan berat badannya walaupun tak turun bersukan di padang. Malah selera makannya menakutkan. Setelah menyantap nasi jam lapan malam dia akan makan lewat malam dengan burger ataupun mix. Skill DOTAnya mengImbakan. Hampir semua permasalahan tentang dunia digital mudah diampuh. Dalam kepalanya ada satu fakulti ta'kulan yang tidak dapat diurai dengan bahasa biasa. Bila tertekan, speakernya akan melagukan lagu Damn nyanyian Avril berulang kali. Malah dia mampu berdansa bila tiba bahagian korus. Sekali sekala, ada imej Rhasta muncul dari belakangnya.

Dari kesemua variasi ini, masing-masing bersetuju atas satu perkara. Iaitu supaya aku berpindah ke bilik lain. Menurut mereka yang paling mendurjanakan itu aku.

ha ha ha




13 comments:

perindu_خلافة said...

wah.. bermadah,
mula2 baca tersenyum rasa nk ketawa,
lepas lama2..

ok
'aku dah mula sukakan penulisan budak ni' [cakap dalam hati],
^_^ menarik!!

p/s: cerita tentang rumate yg 4 lah ni kan, nice entry btw :D

faaizz d. zul said...

aisy, mana ada bermadah. tlupa nak disable komen utk entri ni sbb entri ni juz nak troll roommate. n nanti diorg akan troll balik.
konon2 coldwar gitu.

*berat juga rasa bila ada yg membaca takut2 tulisan cuma skadar hiburan xde manfaat, maaf*

3p4h said...

Ok siyes perlambangan dan ayat yang digunakan makin hari makin bombastik! Teruskan berkarya. Nais~

faaizz d. zul said...

ah, komennya yg tlalu bombastik.
nais~

Annisa said...

selalu terjumpa orang ketiga dalam hidup ni

:p

faaizz d. zul said...

to khairunnisa

the mistery guy?
hehe

faaizz d. zul said...
This comment has been removed by the author.
firdaus said...

wah hahahaa.. eh bro, ayat yang ke2 last tu tak betul. kitorang TAKNAK la ko berpindah ke bilik lain. salah faham je tu. hehe

we are one bro. kita adalah SATU. kita 4 orang bagaikan tiang2 yang mendirikan sebuah rumah. tiada satu tiang. tiada teguhnya. begitulah kita. haha

thats it!

p/s: ooo pasal kitorang yer ko tulis. nnti di blog aku, akanku tulis pasal ko ye, si pemakai kasut kungfu =)

faaizz d. zul said...

to da0s

entri ni abstrak kot. pembaca sdiri yg bina sudut pdg sdri. kalau kau baca dlm konteks rumet, kemon troll aku balik. tp aku tak troll pakai gambo maupon video ok.
ha3

Anonymous said...

LOL

faaizz d. zul said...

post ini bawah tag : satira

=)

Anonymous said...

sarkastik

Anonymous said...

Pui....byk la misteri die haha