Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts

23 November 2013

Jumaat cuti woi!

pasca-Zuhur, 
Kedai Gunting Rambut jalan Mengkudu.


"Yang aku dengarlah, ini bukannya idea Sultan, idea orang lain, tapi dapat perkenan Sultan."

"Habis tu, confirm ke tahun depan?"

"Iyelah. Dah keluar surat kabo ni. Haih, susah susah. Dia bukannya apa, bila buat macam ni, cutinya hari Jumaat, Sabtu, susah. Macam belah pantai timur, utara. Kalau semua pakat tukar cuti sama hari, ok. Ini tidak. Nanti kerajaan persekutuan cuti hari lain, kerajaan negeri cuti hari lain, nak setel urusan yang kena keluar ni, leceh. bukannya cerita islamik tak islamik, ni pengurusan."

"Yelah, nanti kita nak setel apa-apa, opis diorang tutup. Lagi satu, nak bawak keluarga pergi bercuti kacau jugek. Dalam perjalanan tu, nak cari mesjid pulak sembahyang Jumaat. Kalau majlis kenduri kawin lagilah haru. Nak me-rewang lagi, menghidang, tengah-tengah bizi kena berenti pulak."

gua senyap lagi. walaupun dalam hati gua dah macam niagara falls bila dengar scene ibadat jadi bebanan, naudzubillah. abam berdua sambung bersembang lagi, lebih kencang seolah-olah penggal hadapan masing-masing nak bertanding rebut kerusi dewan undangan negeri.

 rambut-rambut terus berguguran dipendekrapi oleh brader gunting.

usai keluar kedai, malam itu, di laman sosial, seorang kawan yang baru berkahwin bersyukur lain macam setelah pengumuman sistem cuti negeri ini bertukar ke Jumaat-Sabtu seperti 20 tahun dahulu.

tahun depan, Jumaat cuti woi!
malam barokah tu boleh ber-sedeqah puas-puas. jyeah!!!
*flip sarong*

xxx likes.

ya, di-likes bertubi-tubi. diturutserta dengan komen komen kencang dari kenalan yang lain. mutawasitah sangat perangai budak-budak baru kawen ni tak reti santun bab hal-hal dalam kelambu. sia-sia gua bagi buku hadiah walimah; Tips kemesraan rumahtangga. eh



ada beza, ada beza beb;


bila scene ibadat bila dilihat macam bebanan,
atau dirai sebagai keutamaan.


12 November 2013

Me-raya-kan cinta!

Redup. Nyaman. Errm, sedikit bernyamuk. Terduduk di ruang itu untuk seketika. Mengatur nafas, melapang fikiran, memanja pandangan. Di horizon hadapan, lantunan shuttlecock bersilih, tinggi, sederhana dan rendah dengan trajektori berbeza. Sesekali dilambung mudah, terkadang dijunam rendah. Pukulan berbalas tangkisan, lambungan disambut rejaman, dari barat ke timur, dan timur ke barat, berterusan untuk seketika.

Sebelah baratnya, si ayah bermain secara individu. Menentang pasangan campuran yang terdiri dari ibu dan anak. Yang jelas si ayah tak pantas ditewas sebagai oponen individu, malah tampak lebih superior berbanding regu ibu-anak.

Indahnya, si ayah tak pernah merejam walau sekalipun pada lawan bergunya. Tak pernah sekalipun. Permainannya kurang agresif, tetapi tangkas. Tidak singa tetapi manja. Ada feminis dalam karisma maskulinnya. Mempersona.

Mungkin apa yang sedang disaksikan pada setiap hayunan, setiap lambungan, setiap unjuran, setiap rejaman yang berlantun bersinkroni dalam simfoni; terkandung cinta suami dan kasih ayah yang sebenar-benarnya. Mempersembah sebuah acara sukan yang dihangatkan cinta. Meneladani sehangat perlumbaan Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a.

Ada keindahan, ada keagungan, ada kenikmatan, dan ada kebajikan dalam kesemuanya, hasil sebuah pernikahan yang -insyaAllah- diberkati.


***

Dan kami, petang itu, di Taman Tasik Permaisuri, gigih mengabadi sebuah memori. 


Azlan Zulaikha.

kegigihan bukan buatan!

Di sini, di Artsflava dan SerambiMaya, ayolah bersama merai cinta!


***

Pautan;
https://www.facebook.com/artsflava
http://www.artsflava.my/
https://www.facebook.com/serambimaya
http://www.serambimaya.com/

Servis dokumentasi (fotografi dan videografi) merangkumi:
Perkahwinan, Acara/Program, Graduasi, Dokumentari, Potret, Fotografi famili dan Korporat.