Redup. Nyaman. Errm, sedikit bernyamuk. Terduduk di ruang itu untuk
seketika. Mengatur nafas, melapang fikiran, memanja pandangan. Di horizon hadapan, lantunan shuttlecock
bersilih, tinggi, sederhana dan rendah dengan trajektori berbeza. Sesekali dilambung mudah, terkadang dijunam rendah. Pukulan berbalas tangkisan, lambungan disambut rejaman, dari barat ke timur, dan timur ke barat, berterusan untuk seketika.
Sebelah baratnya, si ayah bermain secara individu. Menentang pasangan campuran yang terdiri dari ibu dan anak. Yang jelas si ayah tak pantas ditewas sebagai oponen individu, malah tampak lebih superior berbanding regu ibu-anak.
Indahnya, si ayah tak pernah merejam walau sekalipun pada lawan bergunya. Tak pernah sekalipun. Permainannya kurang agresif, tetapi tangkas. Tidak singa tetapi manja. Ada feminis dalam karisma maskulinnya. Mempersona.
Mungkin apa yang sedang disaksikan pada setiap hayunan, setiap lambungan, setiap unjuran, setiap rejaman yang berlantun bersinkroni dalam simfoni; terkandung cinta suami dan kasih ayah yang sebenar-benarnya. Mempersembah sebuah acara sukan yang dihangatkan cinta. Meneladani sehangat perlumbaan Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a.
Ada keindahan, ada keagungan, ada kenikmatan, dan ada kebajikan dalam kesemuanya, hasil sebuah pernikahan yang -insyaAllah- diberkati.
***
Dan kami, petang itu, di Taman Tasik Permaisuri, gigih mengabadi sebuah memori.
Azlan Zulaikha. |
kegigihan bukan buatan! |
Di sini, di Artsflava dan SerambiMaya, ayolah bersama merai cinta!
***
Pautan;
https://www.facebook.com/artsflava
http://www.artsflava.my/
https://www.facebook.com/serambimaya
http://www.serambimaya.com/
Servis dokumentasi (fotografi dan videografi) merangkumi:
Perkahwinan, Acara/Program, Graduasi, Dokumentari, Potret, Fotografi famili dan Korporat.
1 comment:
aksi gambar akhir nampak begitu ekstrem. hiks.
Post a Comment