20 April 2013
biskut Avril
Mula-mula, sedari dunia pasca-moden tuntut usaha ekstra.
Satu, untuk hidup dalam realiti. Dua, untuk hidup dalam digital.
macam rutin harian Ali.
semuanya tersusun ikut prioriti.
bangun pagi, syukur, bersih diri, kemudian tunai fardu pinta dikenal Tuhan. realiti selesai.
hidupkan pc/fon, ucap hello. maka digital selesai.
malah, mahu menikmati sunrise cukuplah di instagram.
**
dari kubikel sebelah, jirannya Saif membancuh minuman tenaga untuk sarap.
ada dua jenis biskut atas meja Saif.
biskut mayat bercap 1M, dan biskut gula pemberian Jusoh untuk mereka berdua berkongsi.
ada lima keping biskut gula, Saif dan Ali sama-sama berkongsi mahu.
Saif hulur dua keping kepada Ali.
Ali ambil. Saif habiskan lagi tiga keping.
Ali bersuara;
"biskut gula ni, ada lima keping kan? kenapa kau bagi aku cuma dua?"
Saif, acuh tak acuh, "makan jelah, dah dapat dua taknak bersyukur lagi?"
"bukan biskut kau pon, Jusoh pesan suruh kongsi sama-sama. kau tak bahagi adil-adil. kau zalim."
"kau tak pandai bersyukur, komunis."
"jangan nafi zalim guna topeng syukur, oportunis."
***
Tukar? Tak tukar!
Tukar! Tak tukar?
Tukar tak? Tukar!
Bincangkan. (guna contoh Ali dan Saif.)
***
dan, doakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment