Salam alay'k
|
Higit na matatag ang Partido ngayon
kung ihahambing noong siya ay
umusbong
ilang katao lamang ang muling
nagbangon
sumuong sa panganib at hirap
ang ilan ay libo-libo na ngayon
♬
♪
|
♫
|
♩
|
lagu revo Filipina diulangdengar buat kesekian kalinya.
beginilah selera orang muda yang tercari-cari inspirasi. kuat melawan. gigih
menentang. sambil-sambil belajar tentang sejarah-sejarah silam dan mengambil
pengajaran.
langsir jambu kaler pink
disisip kemas memberi ruang ventilasi udara seoptimum mungkin. tersergam
kokoh blok mahallah yang bertentangan. fe'el jendela jiran-jiran
dilihat dalam kerawakan; ada yang terbuka, ada yang separuh terbuka, ada
tertampal poster , ada juga yang ditempek surat kabar.
Boleh jadi mereka merupakan koleksi
artikel-artikel terpilih sebagai bacaan rutin pengisian intelek setiap hari.
Kreatif juga cara si jiran ni menafikan pancaran terus matahari, menggunakan
akhbar sebagai langsir. Vintage.
The Window by DottyDrama |
"Numan! kau tengok apa?"
sergah teman sebiliknya, seorang super senior. seorang pakar dalam
mencari lubuk mendapatkan makanan free lebihan program sekitar kampus.
"aku nak bagitahu beberapa
peraturan kat sini". Numan mengangguk lewa.
"bilik kita ni tingkat
berapa?"
"dua" balas Numan pendek.
"maksudnya?"
"ada orang ditingkat satu, tiga
dan empat"
"bagus. pertama sekali, aku
taknak kau buang sampah dari tingkap kau ke bawah. kau faham apa makna sampah
kan? benda-benda yang kau nak buang. termasuklah sisa makanan, air buat celur
maggi, plastik choki-choki, kahak hijau dan lain-lain yang bersangkutan"
*angguk*
"kau hisap rokok?"
Numan sengih gaya Joker.
"aku tak kisah kalau kau nak
hisap dalam bilik. tapi sediakan ashtray sendiri. kau perasan tak tuala si Kai
yang berlubang tu?"
*angguk laju*
"itu adalah contoh akibat bila
orang atas yang tak hormat orang bawah, buang puntung bersepah-sepah. kau
jangan fikir bukan-bukan. memanglah lubang pada tualanya nampak kemas dan
bermutu, tapi si Kai tu baik orangnya. pelajar ilmu wahyu tau..."
*senyum*
"kau suka view dari
sini?" kata super senior sambil merapatkan tubuhnya ke tingkap
kompartmen Numan.
"suka..."
"kau tengok tingkap dekat top
left kau. ada apa?"
Numan mendongak mencari tingkap yang
paling kiri tingkat empat blok di blok yang bertentangan.
"kau suka view ni?"
Numan geleng kepala.
"ha, kau jangan
contohi jiran top left kita ni. ini jenis orang yang fikirkan haknya
sendiri. dia perkosa mood orang lain. dia bawa pergi selera makan jiran
yang bertentang tingkap dengan dia. dia kontaminet keindahan alam kat
sini. kalau burung-burung yang hinggap kat atap ni boleh berfikir macam
manusia, mesti diorang termuntah hijau terberi pucat..."
Numan mengangguk tanda setuju. Dia
capai dan tuliskan kesemua peraturan kedalam buku nota
"Universiti Kehidupan" miliknya.
Super senior berpuashati melihat respon memberangsangkan dari Numan. ini baru betul Numan the New Man.
Super senior berpuashati melihat respon memberangsangkan dari Numan. ini baru betul Numan the New Man.
pada masa yang sama, dari jendela
paling tinggi disebelah kiri, boxer kuning dengan watak spongebob terpuing-puing
berkibaran mengikut haluan angin.
Selamat datang ke dunia kampus.
Selamat datang ke dunia kampus.
12 comments:
LOL! super senior is super care. ohsemmm! numan, make sure the room is neat and tidy. hurmmm i wonder how people can leave in such a messy place
eheeee....numan....
anonymous :
why super senior no care much? they should, shouldn't they?
kakyun:
kenal numan? new man. eheh
amboiii :D
subhanallah, bahasaaa... hehehe...
selamat menyambung kuliah!! ^_^
Assalamualaikum..
hahahahaaaa.. wat orang gelak :)
suatu petang yg indah dengan cahaya matahari menyinari bilik, duduk menghadap lappy.. roomate nyenyak tdur sambil peluk "zutam" patung kesayangan dia.. tiba dengar bunyi hujan.. cis, budak tingkat 4 simbah air =.=" ingatkan hujan, nasib baik ada atap kecik di tingkap :) yg awesomenya, tuala dijemur basah T_T
thanks "menua"
penconteng
ye, hamboi2...
aqilah
selamat berkuliah juga...
khairunnisa
waalaikumussalam. selalu berlaku kan, hujan air celur maggi? hah...
u welkam.
kenapa takde sapa yang bagitau aku macam nih dulu?
ghost writer
mungkin super senior kau dari kalangan yang selesa dan selesa dgn apa yang diorang ada, lengai dan lembu juga.
numan! freshie? ada nampak tak kat seman.. 1st day lagi duduk bangku baca buku kecik2..hehe
kadang2 aku lempar barang2 kering seperti cotton buds ke jendela..haha..
awak, saye tak pnah melawat mahallah brothers secara dekat. ahaks ahaks
kalau tak, boleh gak nampak spongebob berterbangan ditiup angin bayu. :)
dill.
izwanyusof
serius melepak disitu? gelabah betul. konon-konon ekosistem usman layak dinikmati. walhal terpaksa men-dono-kan pandang dan bau, sambil menghisap rokok. lepastu menyepah puntung terus ke the stream. yucks!
dill
rancangnya next month mahu organize fotografi challenge. bolehlah mahu menyelongkar salah satu mahallah broda.
hah3
Post a Comment