15 February 2012

Monolog Februari


3pm

“kitorang dah gerak dari Joho, standby. Nak balik Perak”

9pm

Bekalan : sekeping lesen, secawan Radix dan sebaris doa. Ok. Ayah kosongkan seat driver. Destinasi baru Gombak – Bagan Serai(BS).

Sepi dalam kereta. Aku tekan lagi, injak lagi, penetret lagi pedal minyak. Ha! Exit Taiping Utara.

1.00am

Paklong, Angah baru sampai ni. Baru lepas berwudhu’. Atok hulur Juz 28 minta Angah habiskan bacaan. Khatam. Lama Angah pegang naskah Al-Quran ni. Bukannya dah tak larat nak mulakan bacaan, tapi nak ambil masa, tarik nafas dalam. Nak biar bacaan jadi sehabis baik pada pendengaran Dia.

Bila perati Paklong, teringat zaman muda-muda. Zaman main perang lanun pakai kawah nasi kenduri Pakteh dengan Achik. Zaman main drift tahiyyat akhir masa teraweh. Zaman berkhatan atas batang pisang. Zaman khatam mengaji. Zaman main basikal berulang dari rumah atok sampai rumah Paklong.

Bila remaja sikit, teringat zaman lepak dekat mapley Naser Fairus tengok bola. Lepastu masa Angah saja suka-suka nak balik rumah Atok sorang-sorang, tak sengaja buat Paklong jadi Ayah. Minta tolong dijemput di busstand Taiping pulak tu. Ada sekali dekat Butterworth. Padahal memang Angah boleh sangat turun BS sendiri. Sengaja buat-buat macam first timer. Lepastu minta tolong hantar pulak. Minta tolong dibelikan tiket, kirim tanpa duit pakai talipon. Memang sengaja, taktik nak save duit tiket. Memang, semuanya disengajakan. Sebab Angah tahu Paklong mesti belanja.

Eh, Paklong dengar ke ni? Hurm, Angah mampu monolog diam-diam je. Taknak kacau Paklong tidur. Dekat belakang Angah ni, semua anak sedara dah balik. Diorang dah tidur. Dah lewat malam. Tapi diorang tidur berlagu. Macam okestra. Macam koir sekolah. Tapi, Paklong tak. Elok je. Nampak tenang. Langsung tak berdengkur. Diorang ni, ada sikit gerak-gerak. Boleh perasan dada diorang kembang-kempis bertukar nafas, berdegup jantung. Tapi Paklong tak. Senyap. Sepi. Kejur. Kaku.

Malam ni sejuk. Siapa la yang tala kipas ni kat Angah ni? Eh, tengok ni Paklong! Al-Quran ni tak terselak satu mukasurat pon dari bukaan tadi walaupun kencang ditiup kipas. Macam, errrm, macam huruf-huruf ni sedang tunggu giliran untuk dibaca. Macam dulu Paklong pernah ajar: nasi akan menangis kalau dibiar terbazir.

2.45am

Alhamdulillah, selesai juz’ 28. Maaflah biar Paklong mendengar lama, hampir dua jam nak perabih satu juzu’. Bacaan Angah tadi tersangkut-sangkut. Biasa tak teruk macam ni. Entah kenapa tersedu-sedan. Mata blur, tak nampak huruf. Umpama windshield kereta masa hujan. Kena buka wiper, baru nampak jelas. Kabur sangat. Tapi pipi rasa lembab, hangat.

Tadi Angah stuck dekat ayat 58:15. Walaupun Angah tak terer Bahasa Arab dan tak terer pon Tafsir, tapi ayat tu ada perkataan “azaban syadida”. Seingat Angah, azab tu maksudnya seksa? Syadid tu macam sebetul-betulnya \kan? Angah pernah belajar arab la dulu. Boleh guess sikit-sikit. Ni dah ada tafsir kat tangan, dapat tau makna sebenar: azab seksa yang berat.

kan dah agak dah. Jadilah ayat tu makna dia macam dalam tafsir. Lepastu Angah jem sat Paklong! Lidah kelu tak terlafaz, mulut macam taknak sebut, suara tak terkeluar. Rasa macam taknak baca bahagian tu, rasa macam nak sembunyikan satu ayat ni, taknak bagi Paklong dengaq pasai azab-azab nih. Jem lama kat situ…

Macam dalam drama, doktor yang tahu masa depan pesakit mesti tipu pesakit tu supaya they feel better. Biasanya penghidap kanser. Doktor akan consult in a gentlest way before they tell them,
u got few days to live…” kan?

Tapi nak taknak, Angah kena habiskan baca. Rasulullah saw ajar manusia supaya jujur. Contohnya, Baginda tak pernah sembunyikan Surah ‘Abasa dari Al-Quran. Padahal dalam surah tu, Baginda ditegur oleh Allah bila dia buat muka dan berpaling dari seorang buta. Ah, indah. Kita? manusia apa yang terlanjur buat benda tak elok yang berani jujur buat pengakuan? Entah.

Sambung baca lagi, jumpa perkataan fasiq kat 59:5. ermmm. Fasiq tu orang yang tak berhenti buat bad deeds kan Paklong? Walaupun kecil-kecilan? Haisy, terasa. Ayat ni dituju pada siapa ya? Menimpa kehinaan tu termasuk dengan tak terima amalan ke? Habistu dari tadi membaca Al-Quran ni di dalam hitungan Allah tak? Arghh. Bacaan ni is the only gift I can think of for Paklong. Kalau fasiq, tak sia-sia?

Baca lagi…
Surah Mumtahinah ni diakhiri dengan kubur. Dekat translation dia kata

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.”: (60:13)

Angah terhenti lagi. Kenapa masa-masa ni terjumpa perkataan kubur?

Seterusnya dalam Surah Jumuah. Ayat 8.(62:8) Tak sangka tiba-tiba tersangkut lidah bila nak lafaz part “..innalmauta..” Pause tiba-tiba. Tak dapat nak guess maksud dia apa. Tadi, lepas tengok tafsir, hilang separuh kudrat. Rasa lemah. Ya Allah. Apa sebenarnya yang Kau mahu aku belajar malam semalam?

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (62:8)

Lepastu, ayat At Thalaq : 11 ni Angah ulang-ulang. Padahal taktau maksud. Tapi sebab ada perkataan lanjutan dari “sod”, “lam”, “ha”. Soleh.  Angah ulang. Soleh. Maksudnya orang yang taat beribadat, orang yang patuh perintah Allah, orang yang alim. orang macam Paklong. Paklong solehkan?

Dr Reda Bedeir masa imamkan Subuh dan Jumaat di masjid UIA haritu, ada ulang-ulang beberapa ayat untuk beberapa kali dalam solat. Angah tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu. Tapi semalam Angah tertiru dia, mengulang-ulang ayat. Logiknya sesuatu benda kalau ditekan dalam repitisi, akan lebih jelas ternampakkan? 

At-Tahrim : 10 pon sama. Ada part “orang-orang yang soleh”. Ulang-ulang juga supaya Allah tahu Angah mahu Paklong dilihat dari golongan itu. Allahu Allah. Bila semuanya selesai, Angah perasan ada banyak juga perkataan yang buat Angah terpanggil. ermm…


Angah jumpa perkataan macam “nasrann”, “ansarullah”, “nasoruhum”, “layansurunahum” dan seterusnya. Semuanya berasal dari kompilasi: “nun” + “sodd” + “raa”

Macam nama Paklong. Abdul NASIR Bin Samsudin. Ertinya seorang pembela, seorang pemberi pertolongan, seorang pengkurnia kemenangan. Dalam konteks semalam, Paklong masih seorang yang memberi kesenangan pada Angah. Sebabnya, Paklong masih tersenyum walaupun semua bersedih. Itu buat Angah tersenyum. Sekurang-kurangnya Paklong buat Angah tahu yang Paklong dah lalui sakarat yang dikatakan sangat menyakitkan itu dengan tersenyum.



ada kawan pernah kata. Facebook kita akan bosan bila kita malas update status dan malas nak conteng dinding orang lain. Jadi jangan expect nak dapat banyak like bila  kita post something.

Ya Allah, ya, logiknya aku tak mampu nak harapkan balasan yang selayaknya diterima dengan apa yang selayaknya aku buat. Tapi, untuk sekali ini, dengan kapasiti Kau sebagai yang tidak ada Tuhan melainkan Kau; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya, (59:23)

aku pinta Kau limpahkan kerahmatanMu pada Abdul Nasir Bin Samsudin supaya dia berada dalam golongan yang diredhai olehMu dan ditempatkan di Syurga. Amin Ya rabb.



Dalam kenangan :
Abdul Nasir bin Samsudin (03.10.1955 – 14.02.2012)
Innalillahi wa inna iaihi raji`un
 
 
Moga Allah berkati roh almarhum & mengampuni segala dosa-dosanya. 
Ya Allah Ya ArhamarRahimin..

Al-Fatihah.


11 comments:

faten^.^ said...

Innalillah, setiap y hidup pasti akan mati...kita y hidup ni la y kena truskan hidup...sy pn bru je khilangan makcik (adik mak) prtgahan tahun lpas, brapa lme sy da duk UTHM, lame tu jgakla dy da pergi...

Umairah. said...

assalamu'alaikum wrt.

salam takziah. moga rohnya dicucuri rahmat. amin3.

w'pun dah tiada, i'Allah akan ada hikmah asy-syuyukh (kebijaksanaan/teladan) yg ditinggalkan & patut d'contohi, dan diserap b'sama hamasatusy syabab (smgt pemuda).

inilah bekalan pahalanya yg terus mengalir xputus2 di sana.

amin3.

Aween Md Zahir said...

cerita ney bagus :) byk nasihat tersirat.

*Al-Fatihah ntk arwah

Ummu Syaheed said...

maut-soleh...

Allah, betapa Allah nak tunjuk,kan?

ayat2 yang saudara baca berkaitan dengan kejadian y menimpa pak long...

Moga ditempatkan dikalangan org soleh

faaizz d. zul said...

Faten, Umairah, Aween, Ar-Rumaisa'

waalaikumussalam.

sebenarnya ini macam kali pertama saya mula memahami kenapa perlunya kita terlibat dengan upacara kematian untuk mengambil peringatan. dan, semua yg sy lalui memang bukan disengajakan, disusunatur sempurna, lantas jadi tazkirah untuk saya sendiri.

apapon, terima kasih untuk doa kalian kepada almarhum. may Allah bless all of you always.

Anonymous said...

Al-Fatihah.

Moga roh Almarhum yang dikasihi ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh.

Tabah dan sabar kunci kepada nilai iman yang lebih besar.

;)

dill said...

takziah.

kita sama-sama doakan arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

kuatkan semangat ye faiz

dill.

Annisa said...

Assalamualaikum,

al-Fatihah. terima kasih angah :) manisnya bila terasa Allah tu sangat dekat dengan kita dan kita cuba mendekatkan diri dengan DIA. nice story and jln penceritaan boleh buat org (saya) sedar :)

~;:gyiem wave:;~ said...

terbaik lar entry pasal pak long ni..jujur memang tochink n mksud yg amat tersirat..pak long mmg baik hati tp x sangke ajal pak long dtg ngn cpt..INSYAALLAH die dtmptkn digolongan org yg beriman abadan abada..

faaizz d. zul said...

kak tim,dill, khairunnisa, imah.

wa'alaikumussalam. terimakasih atas semua doanya. semoga almarhum tenang disana dgn bekalan yg tak putus2 dari yg masih hidup.

Anonymous said...

terima kasih,
kak awin