04 December 2011

soalan sukar

salam alayk'

kali ini aku memang terasa sukarnya mengungkap kesukaran realiti. orang kata kesukaran itu subjektif. orang kata kita sendiri yang merencana makna kesukaran. orang kata suatu permasalahan jadi sukar bila ilmu kau samar.

tapi itu yang orang kata, bukan yang aku rasa. aku rasakan untuk menjawab soalan satu tambah satu tidak sukar. tapi pada seorang yang belum kenal nombor mungkin ya, sukar. aku rasakan untuk menjawab soal satu-tambah-satu-tambah-satu-samadengan-tiga mudah. tapi bukan pada orang yang percaya pada satu-tambah-satu-tambah-satu-samadengan-satu.

Ya Allah, perbetulkan niatku, permudahkan urusanku.
pernah sekali aku rasakan atmosfir kesukaran luar biasa untuk menjawab soalan paling rumit tahun 1999; peperiksaan tahap satu. soalan - antara satu kilogram kapas dan satu kilogram besi, tandakan yang mana lebih berat: a) satu kilogram kapas, b) satu kilogram besi, c) sama berat. aku tandakan b. ternyata aku salah. dihadapan kapas dan besi, nilai jisim dilupa erti.

pernah semasa aku dalam fasa mengantuk di kelas, aku bermain teka-teki tentang soalan 1999 tadi. jawapan spontan dari teman sebelah meja buat aku segar sehingga tamat kelas. siapa sangka manusia yang bergelar mahasiswa terkadang menjawab tanpa ta'kulan. dia jawab besi juga. bebal.

sama juga dengan soalan satu-tambah-satu-darab-sifar. kalau jawapan kau sifar, kau salah. jawapannya satu bukan sifar. hukum hisab tidak mungkin hasilkan jawapannya sifar.  kenapa jawapannya satu? mestilah sebab operasi darab yang dilakukan dahulu sebelum tambah.
satu-tambah-satu-darab-sifar = satu-tambah-sifar = satu.

secara spontan, menjawab apapun boleh salah. bila tersalah, soalan itu langsung masuk dalam kategori sukar. situasi lainnya, sukar pula memperjelas kenapa mesti darab sebelum tambah. ini aku tak tau. aku pernah belajar filsufnya tapi aku tak ingat. pakar-pakar di seminar etnomatik ada jawapan. aku tak.

dalam sebuah buku tentang moraliti, ada soalan yang aku rasakan sukar dan aku perlu bantuan semua yang membaca. itupun kalau ada pembaca yang ada jawapan. kalau yang membaca tiada jawapan tapi ada pendapat, aku alu-alukan.

soalannya:

Is morality grounded in religion?
Is morality subjective?
Concerning good things, are these things good because God knows them, or does God knows them because they are good?

sukar? soalan dah macam level teologis. walapon bukan bidang aku tapi aku percaya semua persoalan itu datang dari Dia dan pastinya jawapannya dari Dia juga. Dia yang paling power dan Maha Mengetahui. amacam? ada yang mahu menjawab soalan sukar ni?
ataupun kau nak soalan mudah? kalau soalan mudah:




untuk tujuan apakah para lelaki memakai kaca mata gelap di PC Fair KLCC?


ha.

jawab!









________________________


konco-konco
- @topekketopekan's mind™
- blog saye ade macam awak ke??! 
- heart _love hate  

12 comments:

Izyan Kaher said...

they're wearing their 'kacamata gelap' to cover up their 'keranjang eye' behind it :)

#there's always a reason lies behind on every single things we do ^^

Umairah. said...

salam'alayk.

erm, ini pendapat. tp, sy tak pasti related atau x dgn soalan morality. maaf, kalau melencong.

sy percaya bahawa setiap manusia ada fitrah, yg Allah telah letak dlm hati nurani. maka, dia akan tahu sendiri, mana yg baik dan mana yg buruk.

tp, untuk menentukan baik dan buruk, manusia akan ada ukuran@persepsinya tersendiri yg mana mgkn berbeza bg setiap individu. cthnya macam, kalau bukan Muslim, mgkn dia akan prcaya yg "mencuri" utk menolong fakir miskin itu dikatakan baik & dianggap sbhgn dr moraliti. tp, bg Muslim, matlamat tak menghalalkan cara. itu salah.

jd, sebab itulah Allah memilih ISLAM sbg jalan @ cara hidup, agar fitrah kita terpandu dgn betul. (Ar-Rum:30)

yg mana kita sesungguhnya percaya bahawa ukuran, standard, dan penilaian di mata Allah saja yg betul sbb Dialah Yang Maha Tahu baik&buruk, walaupun semua manusia berkemungkinan akan membangkang & membantah.

wallahhua'lam.

faaizz d. zul said...

@IzyanKaher
tq menjawap soalan mudah. my view is mungkin ya, mungkin tak, kalau ya, itu salah. tp boleh jd x. kalau2 dia sakit mata or wateva.
reasons btwn our action are determined by apa? boleh ke kita kata fitrah?

@umairah
waalaikumussalam. syukran atas jawapannya. ok, now fitrah itu yg mmg Allah instilled dlm diri tiap insan untuk guide them in every action. tp masih tak cukup kalau tanpa Islam, tak semestinya fitrah yg kita yakini itu betul. macam tu kan?
ada certain orang yg prefer term "common sense" utk ganti fitrah. tapi macam tak holistik. anyway, bila kata common sense semua akan bersetuju dgn nilai-nilai universal mcm: jujur, amanah, ikhlas etc. bila lihat semula mmg semua nilai2 universal ada dlm Islam.
oh ye, fitrah manusia adalah untuk hidup beragama, dan antara semua agama Islam yg plg syumul.

macamni bolehla present senyum2. tq izyan & umairah.

Along said...

Bro,pada aku Allah dah tentukan nilai2 yg baik dan buruk dalam islam itu sendiri....cuma tinggal kita nak taat atau tidak....huhu...

org pki spec mata itam kat PC FAIR sbb die sakit mata ar..takut jangkit kat org lain...

faaizz d. zul said...

@izzul

betul tu.mmg kita diajar begitu.cumanya bila berdepan soalan2 fundamental,kita tak boleh jawab dgn logik akal.sebab jawapannya mesti ada yg divine.jawapan dari Allah. :)
husnuzzon2.heh

Umairah. said...

yerp, alhamdulillah. maklumat sampai.

boleh juga rasanya, kalau nak dimasukkan isi lagi satu. yang pertama tadi, berkenaan fitrah dan macam mana Islam ‘interact’dengan fitrah manusia.

yang kedua, mungkin boleh dipertikaikan subjektifnya definisi moraliti. atas standard apa manusia mengukurnya? dan bagaimana manusia meletakkan asas-asas dalam moraliti? ada sesetengah kelompok yang ikut standard;

"kalau ramai yg buat, itu dikira sebagai moraliti". hujahnya, sebab manusia berkongsi value yang sama.

tapi, adakalanya apa yang manusia buat dalam menetapkan sesuatu, banyaknya mengikut hawa nafsu sendiri. atau paling tepat, manusia ada intention untuk mendapatkan ‘pleasure’ pada diri sendiri. padahal, untuk kesan jangka masa panjang, kita tak pernah tahu, sesuatu benda itu mungkin harmful. subhanallah, di sinilah letaknya maha luasnya pengetahuan Allah atas apa yang telah Dia tetapkan sama ada halal atau haram, baik atau buruk.

itu yang pertama.

yang keduanya, apa yang manusia tetapkan, sentiasa boleh dipertikaikan. sebab akal kita terbatas. jadi, apa yg ditetapkan, tak pernah kukuh malah goyah. sampai satu masa, manusia mungkin akan keliru untuk ikut haluan yang mana. yang mana paling tepat? bolehkah yang ini? ini dikira moral? dan sebagainya.

akhirnya, masing-masing akan ikut kehendak dan selera sendiri. jadi, mahu tidak mahu kena ada satu law yg betul-betul guide manusia; ini betul, dan ini salah.

dan ketetapan yang boleh buat kita yakin dan percaya, ada kebaikannya dari situ.

bila berpegang pada yang kuat dan kukuh, insyaAllah walaupun minoriti, akan ada keyakinan untuk beramal. (al-maidah:50)

wah, terpanjang plak. fav subjek nieh; filosofi. heh, sorry.

wallahhua’lam.

faaizz d. zul said...

@umairah

terbaik! nak tulis lg pjg pon xpe. diskusi sihat ni namanya.
alhamdulillah tadi belek2 rak jumpa buku dr Farid Shahran(IRKHS).

mula2 dlm ciri ulul albab, ada ditulis ttg org yg sentiasa bertafakur ttg ciptaan Allah dan mampu memisah baik dan buruk, memilih yg baik walaupun harus bersendirian dlm mempertahankan kebaikan itu(AlMaidah 5:100). panduan baik buruk itu dilihat menerusi teladan Rasulullah.

ttg memaknakan terma(relatif-subjektif-objektif), kebanyakan penggunaan bahasa dalam konteks morality lebih byk dpengaruhi daripada falsafah Yunani. makna morality diberi dlm konsep rational ethics(RA) & theistic subjectivism(TS). RA meletakkan baik buruk tingkah laku manusia sbg perkara objektif, dpt ditanggap oleh kapasiti akal tanpa bantuan wahyu., tp TS meletakkan Tuhan sbg pemutus yg mutlak dlm penentuan baik buruk perbuatan manusia.

then apabila Walzer & Gibb (dlm encyclopedia of Islam) menyatakan ilmu Akhlak dlm Islam belum jelas sehingga abad ke11, Majid fakhry kemukakan tradisi keilmuan Islam utk menjawab.

ekceli, perbahasan akhlak/moraliti telah dikupas dlm disiplin2 ilmu Islam yg lain. dlm Fiqh, 5 hukum utama - wajib.harus.sunat.makruh.haram - sudah menentukan baik buruk perbuatan mengikut hierarkinya. perbuatan wajib ialah yg plg baik dan seterusnya. dlm tasawuf, nilai2 dalam AlQuran dan alSunnah terus dikategori kpd 2; sifat mahmudah & sifat mazmumah pula. sifat2 hati yg mjadi punca pd perlakuan fizikal manusia. of all,

Is morality grounded in religion? - Yes!
Is morality subjective? - no, kalau benarkan pemaknaan terma selain dari terma divine, makna yg terhasil akan rosak dgn unsur2 lain.
Concerning good things, are these things good because God knows them, or does God knows them because they are good? - Allah's will determined all that. semua dari Dia, diajar pada kita melalui Rasulullah saw.(Qalam 68:4)



*komen-komen sudah sama panjang dgn entri*

Unknown said...

soalan last tu mmg sokmo nmpak

n jawapan

dorg silau sgt

MAZA AMFOTERIK said...

soalan morality tu macam prnah trbaca..rasanya saudara belum menghabiskan buku yg berkenaan..
Ini soalan falsafah yg dikemukakan oleh seorang tokoh..

Samalah seperti soalan:
Antara ayam dengan telur yg mana keluar dulu?

Adanya Tuhan menunjukkan adanya alam atau adanya alam menunjukkan adanya Tuhan?

Kesemua soalan logik itu tidak terjawab melainkan dengan agama..

faaizz d. zul said...

@iffah afeefah
lelaki. =)

@MAZA
buku apa?tokoh siapa?
kalau game ayam-telur aku plg nk gelak filsuf Budha. kalau Plato n Aristotle ok lagi. dua2 bsetuju ayam dulu. klu Budha , ayam sama dgn telur. mengarut.

tp dari game ayam-telur lah ramai fundamentalis mempersoal kejadian Tuhan. bahaya2.

~Sal Ismail~ said...

Sgt rindu environment & life dekat uia..zaman g usrah..dikelilingi teman diskusi..teman yg sentiasa mengajak ke arah kebaikan..teman yg sentiasa mengingatkan..namun kita bukan saja semakin dewasa,tapi kita juga diiringi oleh elemen lain dalam diri kita.antara kita mahu gunakan atau pun tidak.setiap satunya memperimbangkan unsur yang lain.

bergantung ke mana tercampaknya kita..di situ Allah menguji..kdg2 rasanya dah cukup kuat utk tepis kejahatan dlm diri & kejahatan yg berada di sekeliling tp kdg2 hasutan yg dtg hebat sekali..bila 'kalah' kita diimbangi oleh rasa ingin bangkit melawan..

moga Allah tetapkan iman kita semua~

*suka baca diskusi ilmu lam komen ni~..Barakallahufikum'~ =)

faaizz d. zul said...

@~SaL IjOu~

thanx for reading. menyeimbangkan unsur2 lain yg mempengaruhi xsenang jgk tanpa suasana yg xmembantu. =)
barakallahufik~