salam alayk' .
entri nostalgik ini diinspirasi oleh lawatan aku ke felda tempat aku menghabiskan zaman kanak-kanak suatu ketika dulu.
masa kecil-kecil dulu #1, antara Maghrib dan Isyak ialah masa mengaji Al-Quran. kalau ayah terlepas pandang, aku langkau satu dua baris ayat. taktik
cenggini boleh kasi khatam ekspres. rupa-rupanya khatam kali pertama itu tipu penuh lompongan semata. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #2, kalau
time teraweh, aku paling
expert drift dalam posisi tahiyat akhir. lepas takbiratul ikram pergi main lastik cicak dulu, main ceper, main toleng segala.
mode standby bila imam dah mula angkat jari telunjuk tanda dia sedang baca kalimah syahadah;
aku lari dari jauh, dua saf sebelum
landing target, aku rebahkan badan dalam posisi tahiyat akhir, lajak berlari bawa momentum untuk
drift kedepan, dan kemudian aku bagi salam dengan penuh tawadhu' bersama-sama para jemaah lain. toleh belakang, kesan seretan atas karpet masjid memang tak ingat punya owsem.
ini pengalaman sukan
drift terawal bagi aku. kadang-kadang songkok aku tercampak 2 meter kedepan, dasat tak dasat prestasi
drift aku masa itu, lagi dasat dari Rooney yg cume mampu
drift gaya tahiyat awal je. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #3, masa orang lain sambung teraweh selepas 8 rakaat, aku pergi cari mercun ketupat. bunyi dia dengan mercun bola atau mercun telur dah lebih kurang sama
level. aku lempar mercun tu dekat halaman luar bahagian hadapan masjid.
dalam 5 saat, suasana teraweh jadi sunyi sepi buat sementara. bila bersambung, teraweh tiba-tiba jadi 3 rakaat, maklumlah arwah imam tu dah tua, nyanyuk mungkin. mujur
takde yang terkorban terkejut masa tu. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #4, rakaat kedua cukup ditunggu-tunggu. fenomena "jubur selit" memang
klise. ini terjadi bila kain pelikat yang dipakai terselit dicelahan punggung selepas bersujud, lalu menghasilkan suatu
pemandangan kurang enak dan lucu sehingga menggugat kekhusyukan para jemaah lain terutama kanak-kanak macam aku dan rakan-rakan.
masa tu ramai yang hidup susah tak mampu beli seluar dalam. kesannya, kasihan pada kain yang terlipat dicelahan daging lubang belakang manusia. nak menangis ketawa tahu! hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #5, ayah bagi rm1 untuk sehari berpuasa. jadi duit raya
totalnya rm30. semangat kemain berpuasa! tahun depannya, ayah kata kalau nak beribadat ada 3 jenis;
beribadat kerana takutkan azabNya? beribadat kerana ganjaranNya? atau beribadat kerana tanggungjawab kita dan kerana mencintaiNya?
start dari
puasa tahun tu, aku tak dapat lagi duit dari ayah, tapi dari Tuhan yang maha pemurah. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #6, bila orang tanya ayah kerja apa, dia ingatkan ayah ustaz. hmm, silap. ayah bukan ustaz, dia orang teknikal lulusan kejuruteraan awam. pernah sekali tu dengar ayah jawab bila orang tanya status ke"ustaz"an dia, dia cuma kata : "saya orang Islam, semua orang Islam pon macam ni". hmm...
masa kecil-kecil dulu #7, aku fikir
teghejal tak
teghejal dulu semua belakang kira, pasal dosa
parent yang tanggung. memang tanggungjawab diorang untuk pastikan anak tak buat jahat, tapi bukan semua masa dia boleh tengok-tengokkan kita. lama-lama rasa kesian kat
parent timbul bersama rasa tanggungjawab.
takkan dah besor sendiri tanggung dosa pon mahu buat
parent susah hati lagi?
alhamdulillah dah besor aku rupanya. dan,
dah tua mereka rupanya...
*ziarahi mereka, titiskan kerinduan, luang masa bersama, selagi masih bernyawa~