salam alayk'
Takada Gaji ialah seorang penganggur sepenuh masa. Dia tinggal dengan Yukasi Aiterima, seorang penjaga kaunter yang bertugas di sebuah pusat hiburan. Tempat kerjanya selalu menganjurkan rancangan realiti tv bersama artis-artis terkenal tanah air.
Oleh sebab pekerjaan Yukasi melibatkan bidang hiburan, dia seringkali membawa pulang gambar-gambar artis kegemarannya untuk ditampal di ruang dinding biliknya. Antara kesemua artis yang ada, dia paling meminati Masimuda Masutivi, seorang pelakon yang baru mencipta namanya di dunia lakonan menerusi drama hit Cahaya Cinta Silau Gemerlapan.
Sebagai fanatik, dia google, youtube, twitter segala berkaitan si Masimuda Masutivi ni. Takada resah dengan sawan sosial net yang menimpa Yukasi. Pernah dia lihat si Yukasi tak tidur malam cuma sebab tweetnya direspon oleh Masimuda, itupun cuma dengan satu perkataan dua sukukata "huhu" yang kononnya comel lettew. Sah angau hosmate aku ni.
Satu hari, ketika Takada baru pulang dari membeli perfum axe yang mampu menurunkan hujan aweks, dia dapati Yukasi sudahpun di rumah. Dia terkejut melihat poster-poster, dan gambar-gambar Masimuda yang bergelimpangan di seluruh lantai. Habis semua dicariknya. Bagai timba putus tali, hujung tali retas. eh, apa kaitan.
Selepas rumah dibersihkan, Takada mulakan bicara,
"Kenapa dengan dia ni? dia ada buat hal ke?"
"aku dah tak nak jadi kipas-susah-mati dia lagi"
"kenapa? bukan kau minat ke dengan lakonan dia?"
"macam ni, tadi aku pergi online kat cc, aku saja google nama dia, lepas tu ada satu blog picisan ni upload semua gambar-gambar dia tengah bersosial dekat parti mana entah. habis langsung berubah persepsi aku kat dia ni. tengok dalam tv elok sunti inesen je berlakon, kalau tergedik-gedik pon comel, sekali tengok seksi gila mak oi, terpeluk sana sini"
Takada rapatkan tangan ke muka mengeluh, orang western kata facepalm. Parah si Yukasi ni.
"dia ni siapa?"
"pelakon, Masimuda Masutivi"
"kerjanya apa?"
"berlakon laa! kau ni"
"chillax, kau minat pasal dia berlakon watak apa?"
"dalam cite tu dia jadi makwe jual kuih lapis, time azan dia balik rumah solat, kuih dia tinggal. lepastu habis kuih kena tibai dengan jemaah masjid. habis rugi macam tu je. dia clumsy sikit tapi masih adorable gittew"
"dungu tu namanya. apa yang kau suka kat dia?"
"wei, dia pandai masak, pious dan dia cun"
"pernah kau tengok dia bawak watak lain? watak ganas-ganas sikit ke, killer lady boss ke?"
"wei, takkan la. dia ni hati murni kau tahu"
Takada diam sekejap. Dia renung mata Yukasi dalam-dalam. Yukasi dah faham, serious talk is about to start...
"kau ni tahu kan apa makna lakonan?"
"tahulah"
"lakonan memerlukan aktor/aktres tu untuk bawak watak-watak berbeza, kadang-kadang ada watak baik, watak jahat, watak lalu-lalang, watak samseng kampung misai W, watak sorak dari belakang, watak bapuk, watak stunt..."
"so, point kau?"
"kau tak boleh cakap kau kenal diri sebenar seorang pelakon melalui watak-watak yang dia pernah bawak... itu semua abiliti diorang sebagai seorang pelakon... lainlah kalau kau dah member lama dengan diorang, barulah kenal, setakat dapat respon kat twitter je kau dah gilakan Masimuda ni, lepastu keluar benda-benda tak elok pasal dia, kau nak keciwa lebih-lebih sebab dia bukan macam yang kau fikir"
"err... ok ok, tapi takdelah semua tu betul-betul berlakon dalam hidup sebenar depan peminat dia kan..."
"memanglah, bagi aku, apa yang kau nampak dari lakonan tu mesti ada mesej yang nak disampaikan. jadi pro sikit, ambik apa yang beneficial. win-win jugak kat pelakon tu semua, diorang pon kena study untuk setiap watak yang diorang lakonkan. takkan berlakon jadi ustaz/ustazah someday nanti tak terasa nak berubah, we tend to pull in what we push away"
"tapi kalau dia berlakon 18 plus punya camna?"
"itu kau tak payah layan la. tengok mana yang boleh, yang buat tambah dosa dah cerita lain. yang kau ni minat kat pelakon apehal? nama ustaz kat sekolah rendah dulu masih ingat lagi ke tidak, bab aktor-aktres laju"
"hehe. desire ni desire. ok, weh, apsal kat bawah flat kita ni ramai makwe?"
"ya ke ramai, aku keluar pakai axe tadi, penangan tu..."
XD
As their notoriety spread, these lethal men became known by a single word-Hassassin-literally "the followers of hashish." The name Hassassin became synonymous with death in almost every language on earth. The word was still used today, even in modern English... but like the craft of killing, the word had evolved.
It was now pronounced assassin.
6 comments:
apesal nama jepun ni macam penah aku dengar ek.. tak ada gaji.. yu kasi I terima n masih muda masuk tivi... cuma yg last xcm nama jepun sgt 'masutivi' :P
@nas
yup, ada kat archive "nama-nama jepun lucu"
tapi aku ada tukar sikit. xpun ada macam2 versi
hahaha..gelak x hnti2..nme2 jpun'y x bley bla lar...haha
pandai pengarah filem pilih yang inesen.. :') nak beri teladan mlli cerita.. tapi tak sama dengan realiti.. T_T masimuda masimuda..
nice weyy ^_^
@aziemah
lucu kan? haha. ada byk lagi boleh jumpa kalau google.
anyway, goodluck for sabah. FTW. haha
@khairunnisa ♥
idea tercetus ktika fedup dgn fe'el seorg kawan hipokrit yg bgelak tawa kuat2 sambil menonton drama, sambil memakai tshirt angrybird. "jgn jd hamba artis" katanya. sikit2 tu bolehla.
kadang kadang kita lupa yang melalaikan.. tapi masih gak buat.. haa.. angry bird melalaikan kan kan kan?
"jangan jadi hamba bird"
Post a Comment