Showing posts with label post ni kena klik "read more" atau "post title" untuk bacaan penuh. Show all posts
Showing posts with label post ni kena klik "read more" atau "post title" untuk bacaan penuh. Show all posts

21 July 2011

Takada Gaji, Yukasi Aiterima dan Masimuda Masutivi.


salam alayk'


Takada Gaji ialah seorang penganggur sepenuh masa. Dia tinggal dengan Yukasi Aiterima, seorang penjaga kaunter yang bertugas di sebuah pusat hiburan. Tempat kerjanya selalu menganjurkan rancangan realiti tv bersama artis-artis terkenal tanah air.

Oleh sebab pekerjaan Yukasi melibatkan bidang hiburan, dia seringkali membawa pulang gambar-gambar artis kegemarannya untuk ditampal di ruang dinding biliknya. Antara kesemua artis yang ada, dia paling meminati Masimuda Masutivi, seorang pelakon yang baru mencipta namanya di dunia lakonan menerusi drama hit Cahaya Cinta Silau Gemerlapan.

Sebagai fanatik, dia google, youtube, twitter segala berkaitan si Masimuda Masutivi ni. Takada resah dengan sawan sosial net yang menimpa Yukasi. Pernah dia lihat si Yukasi tak tidur malam cuma sebab tweetnya direspon oleh Masimuda, itupun cuma dengan satu perkataan dua sukukata "huhu" yang kononnya comel lettew. Sah angau hosmate aku ni.

Satu hari, ketika Takada baru pulang dari membeli perfum axe yang mampu menurunkan hujan aweks, dia dapati Yukasi sudahpun di rumah. Dia terkejut melihat poster-poster, dan gambar-gambar Masimuda yang bergelimpangan di seluruh lantai. Habis semua dicariknya. Bagai timba putus tali, hujung tali retas. eh, apa kaitan.

Selepas rumah dibersihkan, Takada mulakan bicara,

"Kenapa dengan dia ni? dia ada buat hal ke?"

"aku dah tak nak jadi kipas-susah-mati dia lagi"

"kenapa? bukan kau minat ke dengan lakonan dia?"

"macam ni, tadi aku pergi online kat cc, aku saja google nama dia, lepas tu ada satu blog picisan ni upload semua gambar-gambar dia tengah bersosial dekat parti mana entah. habis langsung berubah persepsi aku kat dia ni. tengok dalam tv elok sunti inesen je berlakon, kalau tergedik-gedik pon comel, sekali tengok seksi gila mak oi, terpeluk sana sini"

Takada rapatkan tangan ke muka mengeluh, orang western kata facepalm. Parah si Yukasi ni.

"dia ni siapa?"

"pelakon, Masimuda Masutivi"

"kerjanya apa?"

"berlakon laa! kau ni"

"chillax, kau minat pasal dia berlakon watak apa?"

"dalam cite tu dia jadi makwe jual kuih lapis, time azan dia balik rumah solat, kuih dia tinggal. lepastu habis kuih kena tibai dengan jemaah masjid. habis rugi macam tu je. dia clumsy sikit tapi masih adorable gittew"

"dungu tu namanya. apa yang kau suka kat dia?"

"wei, dia pandai masak, pious dan dia cun"

"pernah kau tengok dia bawak watak lain? watak ganas-ganas sikit ke, killer lady boss ke?"

"wei, takkan la. dia ni hati murni kau tahu"

Takada diam sekejap. Dia renung mata Yukasi dalam-dalam. Yukasi dah faham, serious talk is about to start...