04 July 2010

At the workplace #1

blusshhhh.
deruan bunyi air semakin lama semakin kuat. Baldi yang menampung curahan pili semakin stabil dek kerana jisim air yang bertambah. Sedikit demi sedikit, air paip kurang klorin ini memenuhi setiap tahap ketinggian bekas silinder biru itu.

Di dalamnya, terkurung Mr T dalam sangkar logam yang berkarat. Terkurung tanpa jalan keluar. Satu-satunya pintu keluar diapit rapat oleh daya tarikan kenyal spring. Diselak lagi dengan logam halus antara dua bingkainya. Tiada langsung ruang untuk lolos. Termenung ia berfikir.

Jam sudah pukul 7 malam. Kedai-kedai di sekitar telah mula menamatkan operasi pencarian rezeki mereka. Malam sudah tiba, dan masih tersangat muda. Mentari sudah tidak kelihatan, tenggelam bersama haba sinarannya. Keadaan bertukar hening, dan dingin juga.

"OUCH"
"so cold!!!" kata Mr T. Oh ya, ia speaking dalam bahasanya, sebaik sahaja air takungan baldi tadi mencecah tapak kaki belakangnya. Ia mendaki lagi, ke bahagian paling tinggi sangkar itu.

Air naik lagi. Kali ini, tiada lagi ruang untuk ia mengelak. Perlahan-lahan, bahagian bawah badannya basah, bulunya bertukar warna, menjadi sedikit putih. Fikirnya, air pili ini mungkin kurang klorin, tapi yang putihnya ini kapur. Kapur lebih. hummpph, desisnya.

"Ahh"
Itu bukan soalnya, yang lebih prioriti ialah keselamatan. Mr t berfikir lagi, sambil mengerahkan otot-otot badannya, berlari ke hulu dan ke hilir sangkar itu.

Terlintas bayang Ahli Silap Mata bertopeng hitam di kepalanya, aksinya melepaskan diri dari segala macam jenis perangkap untuk menyelamatkan dirinya, dianalisis satu persatu. Tapi, itu persembahan. Ini serius ! Tak lolos aku dari sangkar ini, tiada lagi esok, bukan esok lagi, maybe even the next minute, desis Mr T.

Oh sudah, air naik lagi, kali ini tinggal muncung hidungnya sahaja yang mampu mendongak mencuri nafas hidup. Seluruh badannya ditenggelami, sejuk air pili mencengkam. Dengan segala kudrat yang tinggal, ia terus bertahan. Hampir seminit lamanya, terjulang ia ke permukaan, terdasar ia ke permukaan bawah. Air ditelan tiada sempat diluah, terkapai-kapai, buih-buih air dikocak kuat, semakin pudar visinya, terasa seksa perjuangan ini.

blurp, blorp, blurrrrpp.

Akhirnya letih tiada bermaya, pasrah, seluruh badannya menggelepar, dilepaskan rontaan ingin hidup nya, terbebas otot-otot kudratnya, gelap pandangan, sejuk tiada terasa, tenggelam ke dasar sangkar. Berakhir riwayatnya, tanpa sempat ditutup matanya.



Sekian, tamatlah riwayat seekor tikus forener yang mengancam kesempuranaan fizikal buku-buku di Pustaka.


No comments: