entri nostalgik ini diinspirasi oleh lawatan aku ke felda tempat aku menghabiskan zaman kanak-kanak suatu ketika dulu.
kredit pic |
masa kecil-kecil dulu #1, antara Maghrib dan Isyak ialah masa mengaji Al-Quran. kalau ayah terlepas pandang, aku langkau satu dua baris ayat. taktik cenggini boleh kasi khatam ekspres. rupa-rupanya khatam kali pertama itu tipu penuh lompongan semata. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #2, kalau time teraweh, aku paling expert drift dalam posisi tahiyat akhir. lepas takbiratul ikram pergi main lastik cicak dulu, main ceper, main toleng segala. mode standby bila imam dah mula angkat jari telunjuk tanda dia sedang baca kalimah syahadah;
aku lari dari jauh, dua saf sebelum landing target, aku rebahkan badan dalam posisi tahiyat akhir, lajak berlari bawa momentum untuk drift kedepan, dan kemudian aku bagi salam dengan penuh tawadhu' bersama-sama para jemaah lain. toleh belakang, kesan seretan atas karpet masjid memang tak ingat punya owsem.
ini pengalaman sukan drift terawal bagi aku. kadang-kadang songkok aku tercampak 2 meter kedepan, dasat tak dasat prestasi drift aku masa itu, lagi dasat dari Rooney yg cume mampu drift gaya tahiyat awal je. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #3, masa orang lain sambung teraweh selepas 8 rakaat, aku pergi cari mercun ketupat. bunyi dia dengan mercun bola atau mercun telur dah lebih kurang sama level. aku lempar mercun tu dekat halaman luar bahagian hadapan masjid.
dalam 5 saat, suasana teraweh jadi sunyi sepi buat sementara. bila bersambung, teraweh tiba-tiba jadi 3 rakaat, maklumlah arwah imam tu dah tua, nyanyuk mungkin. mujur takde yang terkorban terkejut masa tu. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #4, rakaat kedua cukup ditunggu-tunggu. fenomena "jubur selit" memang klise. ini terjadi bila kain pelikat yang dipakai terselit dicelahan punggung selepas bersujud, lalu menghasilkan suatu pemandangan kurang enak dan lucu sehingga menggugat kekhusyukan para jemaah lain terutama kanak-kanak macam aku dan rakan-rakan.
masa tu ramai yang hidup susah tak mampu beli seluar dalam. kesannya, kasihan pada kain yang terlipat dicelahan daging lubang belakang manusia. nak menangis ketawa tahu! hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #5, ayah bagi rm1 untuk sehari berpuasa. jadi duit raya totalnya rm30. semangat kemain berpuasa! tahun depannya, ayah kata kalau nak beribadat ada 3 jenis;
beribadat kerana takutkan azabNya? beribadat kerana ganjaranNya? atau beribadat kerana tanggungjawab kita dan kerana mencintaiNya?
start dari puasa tahun tu, aku tak dapat lagi duit dari ayah, tapi dari Tuhan yang maha pemurah. hmm, itu masa kecil-kecil dulu.
masa kecil-kecil dulu #6, bila orang tanya ayah kerja apa, dia ingatkan ayah ustaz. hmm, silap. ayah bukan ustaz, dia orang teknikal lulusan kejuruteraan awam. pernah sekali tu dengar ayah jawab bila orang tanya status ke"ustaz"an dia, dia cuma kata : "saya orang Islam, semua orang Islam pon macam ni". hmm...
masa kecil-kecil dulu #7, aku fikir teghejal tak teghejal dulu semua belakang kira, pasal dosa parent yang tanggung. memang tanggungjawab diorang untuk pastikan anak tak buat jahat, tapi bukan semua masa dia boleh tengok-tengokkan kita. lama-lama rasa kesian kat parent timbul bersama rasa tanggungjawab.
takkan dah besor sendiri tanggung dosa pon mahu buat parent susah hati lagi?
alhamdulillah dah besor aku rupanya. dan,
dah tua mereka rupanya...
*ziarahi mereka, titiskan kerinduan, luang masa bersama, selagi masih bernyawa~
10 comments:
kahkah,,lawak gila ~! tp besh kan zaman budak2 dlu..
saya dlu pon png gak menipu time teraweh..pura2 angkat takbir pastu lari p men batu seremban laa,,tuju kasut laa..bila da tahiyat baru masuk saf balik..huhu !
yesss,,kita da besor..dosa tanggung sendiri..msti buku catatan tebal gila kan??kuikui..
jahat giler ko main mercun time terawikh..saje nak kasi habis cepat lettew.. hahaha
@Nur Aizureen Md Zahir
memori kanak-kanak mmg selalu buat kita tersenyum. oh betapa kiut dan inesennya tika itu~
@izwanyusof
test power sekali-sekala. yg ko pki bahasa anwarhadi ni kenapa? gedik lettew... XD
ooo...ini kerja kamu dulu2 ye...
@syuha
yup... ini semua memori zaman kanak2. alhamdulillah dah besor sy rupanya. XD
kekekeke. drift. cam hampeh yo. padahal tunggu moreh. haha
@buyat(bebola tomato)
ko boleh buat ke? ha ha ha.
habis teraweh, moreh dah terusik, jgn tanya siapa punya kerja~
ha ha ha, ok cukup gelak 3 harakat.
best kan zaman kita kecik2 dulu
main mercun la itu la ini lah
tapi yang jeles aku xdapat duit kalau berpuasa time kecik! haa
@nas
oh yeke, aku pun skali je. lepastu dah x.
ksian ko xdpt duit raya, memang cara ibu ayah ajar terap nilai ikhlas tu berbeza2. ganjaran tu ada, Allah kan maha pemurah~
masa kanak2 mmg berbeza sbb kita tak fikir pe pun bila nak buat sesuatu...tu yg buat ianya kenangan smpai bila2
Post a Comment