29 March 2013

Mac, dan penghujungnya.



sebelum Mac berakhir, aku rasa nak publish draf yang ini. konon-kononnya menyemangati Mac sebagai bulan ketiga, maka haruslah ada tiga entri bulan ini.


JamadilAwwal bulan kelima, maka haruslah tulis lima!

sukahatilah.



sekarang ni waktu petang, dan hujan.
kadang-kadang aku buka tingkap, pandang luar, dan berangan menjadi waktu petang yang kehujanan.

sukahatilah.



dari waktu kecil dahulu usai sesebuah majlis, bila surah al-Asr disampingkan dengan Tasbih Kifarah sebagai penutup, diam-diam aku simpan tanda soal bila setiap kali hal ini berulang.

kenapa Asar yang terlihat pada awal surah?
kenapa selepas Asar, hari bersilih ganti dengan Maghrib?

aku tak rajin pula pergi mengaji dengan para asatizah tentang tafsir "asr" sama ada membicarakan masa, atau waktu asar walaupun ada banyak tanda soal. hiks

sukahatilah.


ada masa aku berteka-teki dengan kawan-kawan yang baca buku-buku filsuf dan pemikir-wannabe, (sebenarnya aku suka bergurau dengan orang macam mereka);

hei, siapa yang paling awal tanpa permulaan, yang paling akhir tanpa kesudahan?
hei, siapa yang ada permulaan dan ada pengakhiran?
hei, apa yang ada permulaan tanpa berakhir?

tak sangka mereka tahu;
Dia, kita, dan angka.
jawabnya, mudah.

cis!

aku perlukan teka-teki lebih mencabar.



mahallah uthman, pasca hujan.


sekarang aku dah lupa aku nak kongsi apa.

oh...

khutbah tadi bercerita tentang kematian. dan anehnya, aku suka surrealism pak khatib bila dia mewakilkan kematian dalam bentuk fizik yang kita boleh nampak dan bayangkan. katanya;

how will your last two rakaah being performed if Death came upon you and pointing a gun on your head?

how do you perform it?

aku terus hilang fokus dengar lantas mengundurkan jiwa dari khutbah sekejap untuk merenungi bagaimana menjawab soalan ni secara objektif dan subjektif. (contoh tidak baik)

secara objektifnya, aku tak berani nak tulis memandangkan kejahilan ilmu sendiri.
tapi secara subjektifnya, aku rasa aku mahu jadi waktu petang yang disiram hujan.



waktu petang yang disiram hujan, kawan. doakan.




*nota: 

ini bukan tulisan individualisme sebenarnya kalau pemaknaan kau terhadap "waktu petang" dan "hujan" sama macam aku.
iaitu; kematian dalam keberkatan.



07 March 2013

"haha, kita masih lagi intai mushaf kejar bacaan Imam..."





traveler with Quran by Syeikh Fahad - link
Arabic playlist (30 eps) - link
English-subbed playlist (15 eps) - link


salam sayyidul ayyam.



03 March 2013

motivasi, tersendiri


ada satu hari, semua orang di meja makan bercerita tentang betapa mereka berada di titik sukar dalam graf kehidupan.

disebabkan henyak kerja yang mendesak, pengajian yang merumitkan, pasangan yang takterdugakan, eh, keperluan kewangan yang tiris, dan konflik yang mencabar, masing-masing sampai hilang percaya pada masa depan. masing-masing mengeluh berkongsi cara untuk mengatasi.

sampai giliran aku, sendiri cara aku,


kawan, ambil satu kertas, tuliskan;


*baca ini selepas Ogos(atau tarikh tertentu) berakhir.

dear future me;

senyumlah, bergembiralah.

sincerely
- past.


***


walaupun tampak karut, malah macam berangan tentang keberadaan diri kita dalam relativiti masa dalam cerita diri-masa-lampau berkomunikasi dengan diri-masa-depan etcetera etcetera, tapi

untuk hal yang satu itu, sedari aku yang tinggi rendah hidup bisa diukur.
dan, untuk sementara
kita akan hargai momen(bangkit) itu lebih dari apapun.


kredit - link




nanti-nanti bila radio lantunkan Dealova;
bila tiba part "Kau selalu ada, selalu ada, dan selalu ada"
boleh kita jadi lebih bijak mengisi makna hamba.