28 October 2014

A man's poor memory.

Apa makna sebuah kepercayaan apabila tragedi yang diungkap dalam kitab menjadi realiti?



Ada dua elemen: penghijrahan dan pengasingan. Mungkin lebih, you name it.



Left Behind* dibikin dengan sangat biasa. Filem yang sangat biblical menceritakan tentang christianistic raptures, sebuah 'kehilangan' yang tertulis pada Injil menghurai salah satu babak dalam kajian eskatologi bagi mereka. Mungkin tak berbaloi ditonton jika tak mahu pening kepala, that's my verdict. 



Tetapi, melihat tema yang diketengahkan ia masih lagi filem yang berasas dan baik sebagai bahan diskusi. Ada perlambangan kehidupan seorang atheist, yang sebenarnya mereka sangat rasional (dan kabur), rimas setiap kali di-ceramah-kan. Tetapi dalam masa yang sama, mereka bersoal-soal tentang asas fundamental yang cuma boleh dijawab dengan wahyu.



Aku cuba beri beberapa sisi pandang al-Quran tentang dua eleman tadi. Pertamanya, al-ankabut 65 dalam hal ini. Ia ayat yang jelas (tentang setiap situasi yang diceritakan) maka ia juga bermakna sebuah peringatan. 



Bayangkan, seorang manusia normal, jika tercampak ke tengah laut seorang diri, tanpa pertolongan. Dia pasti, pasti (secara fitrah) percaya bahawa ada satu kuasa supreme yang mengawal kehidupan. Justeru, menghilangkan logik asal yang menolak kewujudanNya. Mereka berhijrah dari sempadan tidak percaya kepada ruang cetusan percaya dalam konteks kewujudan Tuhan. 'Lautan', dalam ayat ini boleh jadi metafora kepada tragedi, ia boleh hadir dalam bentuk-bentuk lain.



Oh, apa yang ada tentang pengasingan? Atau lebih tepat lagi, "tapisan". Proses yang meletakkan sesuatu elemen kepada kumpulan selayaknya. Ini mungkin sedikit panjang. 



Dalam halaqah (hahahalaqahqahqah) aku dan rakan-rakan , satu hal yang dibincangkan ialah tentang tiga golongan di permulaan sepuluh ayat surah Al-Baqarah. Orang beriman, orang kufur dan orang munafik. Setiap ayat lain yang hadir selepasnya, boleh dirujuk kepada tiga golongan ini secara kontekstual. Kesemuanya mesti berkait, indah betul.





Menariknya, ayat 143 ialah ayat pertengahan surah, juga membincangkan kata وسط yang membawa maksud sederhana/adil; yang menjadikan umat terbaik.



Menariknya juga apabila ayat ini menjadi tanda kepada transisi penceritaan Al-Baqarah yang bermula dengan golongan mu'minin dan golongan yang kufur kepada golongan munafik. Secara pertimbangan, portion relatif kepada dua golongan sebelumnya agak besar. Di sinilah, peristiwa perubahan kiblat menjadi proses tapisan yang memberi tanda kepada golongan munafik (rujuk semula ayat 8).



Sekian Yana, sekarang ni aku cuma menulis guna fon di sela-sela masa menunggu. Maka, tak banyaklah yang aku boleh tulis.





- draft sg. nibong




No comments: