12 December 2012

Langit Disember

bismillah...


(1)

ada kumpulan momen bila kebosanan bertamu, merawak tafsir sebebasnya jadi macam... adiksi.
anehnya, apa yang disangka rawak rupanya... berturutan.

ah, magis Tuhan. Subhanallah.

antaranya;
cerita tentang Musa a.s dianugerah Taurat di bukit Tursina (Al Baqarah 2:93), tentang Ibrahim a.s diperlihat kejadian hidupsemula setelah kematian (Al Baqarah 2:260), tentang gunung-gunung yang digerakkan (Ar Ra'd 13:31), dan tentang Zulqarnain bertemu kaum di antara dua gunung (Al Kahf 18:93).

lalu aku kumpulkan mereka kemas-kemas dalam arkib gunung-bukit dari kalam Tuhan sambil mencipta mimpi-mimpi masa depan.


Alhamdulillah, selepas Tabur West; kali ini lebih tinggi.



Bt Kutu, KKB. 1050m

puncak,
selalu wujud dalam lipatan sejarah,
mengandung kisah tentang bersoal keraguan, mencari kebenaran,
berfikir tentang ilham dari alam.

dan selalu aku;
berteriak melepas jiwa lalu melambung tinggi mimpi-mimpi padu
dengan harapan disambut pelukan Tuhan.




***
(2)

rakaman video tu, rancangannya, nak buat gaya guiding documentary gitu ha.
tapi, suntingan video... ditangguh sampai tahun depan mungkin. ;p


***
(3)

friendly bola padang 3 penjuru pagi tadi bermula lambat,
dek men-sayur-kan pencuri sesayur-sayurnya.
dan
pakguard ganas! jyeah!


***
(4)

drama 12/12/2012

"ibu ayah, benarkan aku bernikah hari ini?"
"tak boleh"
"20/12/2012 ?"

(~.^)"



2 comments:

cimöt said...

bestnye! aku nak aim kinabalu one day! awal tahun ritu aku just lalu tengok je laaa tp tak sempat nk daki..

faaizz d. zul said...

kalau fotografer memang syok bila naik puncak. serius hang kena pi kinabalu ke mana-mana.

btw, rasanya kalau student uia tak pernah naik Tabur West, macam awkward pula. maklumlah, bukit belakang kampus gitu, ye dak