Ustaz nak bagi homework. Berkaitan tentang asal-usul Bahasa
Arab.
Arabic cat - credit |
Soalannya, adakah sama bahasa arab yang digunakan oleh orang
Arab sebelum penurunan Al-Quran dengan selepasnya? Kalau kamu kata sama, adakah kamu mengiktiraf bahasa manusia pada
zaman itu setaraf dengan Kalamullah? Makna kata, adakah orang Arab telah
bercakap bahasa yang sama dengan bahasa Allah? Dan, adakah kamu cuba mengatakan
bahwasanya bahasa yang digunapakai manusia setaraf dengan Allah? Ha. Macam
mana?
Penutup marker pen dirapatkan. Whiteboard dibersihkan. Penyaman udara dan lampu dimatikan. Ustaz pantas berjalan keluar kelas tersenyum girang.
Ustaz menoleh lagi.
"Duedate, Khamis!"
Ah, sudah.
3 comments:
salam'alayk
sy xada buat research. ini cuma, pandangan peribadi. mgkn juga tak m'jwb soalan. skdr perkongsian, insyaAllah.
kalau kita imbau dua zaman; zaman Nabi Muhammad dan Nabi Musa sbg cthnya, ada p'samaan. mungkin juga di zaman Nabi2 lain, cuma sy kurang pasti.
Nabi Musa, hidup dlm masyarakat yg mengamalkan sihir. penyihir dikatakan org yg plg hebat, dan plg b'kuasa. maka, Allah dtgkan Nabi Musa dgn mukjizat luar biasa, yg mampu mencabar penyihir2 tersebut, utk m'buktikan kebenaran risalah & m'yakinkan mrk akan adanya Allah. hinggakan digambarkan dlm Al-Quran, mereka2 ini langsung menyerah, tunduk, & akur pada kekuasaan Allah SWT yg Maha Hebat. subhanallah. (Al-A'raf:126)
begitu juga dgn zaman Nabi Muhammad S.A.W. pd zaman ini, masyarakat sgt terkenal dgn lantunan2 syair. penyair sgt disanjungi dan mendapat kedudukan t'hormat. maka, Allah dtgkan Rasulullah S.A.W. dgn mukjizat t'besar; Al-Quran yg m'punyai bhs yg sgt indah.
malah, ada diceritakan dlm sirah bhw Abu Jahal, Abu Lahab dan Akhnas b. Syariq pernah senyap2 m'datangi rumah Rasulullah S.A.W., semata2 mahu m'dengar bacaan Al-Quran dalam solatnya.
namun, disebabkan merasakan hati sudah mula t'sentuh & t'tarik, masing2 m'buat p'janjian takkan lg ke rumah Rasulullah. penafian & kesombongan yg akhirnya, tak melorongkan hidayah Allah utk sampai ke hati.
ya, bhsnya sama. cuma, Al-Quranlah yg "menyaingi, mencabar, dan melemahkan" bhs manusia pd zaman t'sebut, sbg bukti kebenaran wahyu yg Rasulullah bawa. mana mgkn utk seorang ummi; yg tidak tahu membaca & menulis mampu m'hasilkan 'karya' yg cukup sempurna? pastinya ada 'tangan' hebat yg m'hasilkannya, dan Dialah, Allah S.W.T.
wallahhua'lam.
*thinking*
aaa.. esok khamis :)
dapat jawab, share ye :)
waalaikumussalam.
umairah.
terimakasih ats perkongsian. buat saya teringat yg mukjizat para rasul diturunkan mengikut penyesuaian zaman dan trend pada zaman mereka. mcm awak cakap, memang apa yang Allah kurniakan pada para rasul "menyaingi, mencabar, dan melemahkan" apa yang manusia mampu buat. insyaAllah akn dibincangkan.
sebenarnya secara spontan bila ustaz bawa persoalan tentang taraf bahasa manusia dengan Allah, saya cuma jelas ttg 1 perkara. (AsySyura:11)
Zat Allah tidak boleh dibanding. apatah lagi dibincangkan.
cuma dgn kekuasaannya, Dia menurunkan sesuatu berkadar dengan kemampuan manusia. termasuklah bahasa. kan?
macam belajar sifat-sifatNya. manusia mampu marah, Allah juga ada sifat marah. tapi tak sama marah manusia dengan marah Tuhan. manusia berkasih sayang, Allah juga berkasih sayang. tapi, tak sama juga.
"Your sin is not greater than Allah's mercy" -Us Nouman Ali-
khairunnisa
insyaAllah, kelas malam ni.
Post a Comment