20 February 2012

randomisasi

salam alyk'

1. menanti mentari yang bawa pergi klimet kenyamanan setelah semalaman kesejukan terasa seperti abadi dan sangat menyeksakan bila manusia yang kau tunggu-tunggu tak kunjung tiba. lagi-lagi bila kau melabuh bokong solid di tangga yang bersalut mozek jernih dengan cuma berpelekat jenama samarinda yang nipis dan licin itu. kerancakan rona dan coraknya langsung segan menangkis sejuk yang mencengkam tiap reseptor pada tebalnya bumper. konkrit mozek gigih berkerjasama menawar suhu badan supaya adil mendingin dengan mereka. kalsium dari dalam tulang langsung melarut umpama gula di tunas rasa. tulang merompong kosong. nutrisi mutilasi. hah. menggigil dingin tidak pernah mententeramkan bukan?

lantas ada tangan yang dihulur ikhlas menjemput masuk ke sebelah dalam. ada karpet tebal yang selesa terhampar, bertambah berkat dengan niat iktikaf.

usrah pagi Jumaat cuma berdua.

2. pernah terserempak dengan mana-mana Romeo atau Arjuna yang meragakan fesyen seluar terlipat senteng diatas bukulali? Aha, mereka itu pengikut Muhammad saw. Dan itu sunnahnya, langsung menolak keraguan tentang kesucian pakaian mereka untuk bersolat nanti.

#youreonthesunnah


random afternoon by ~loLO-o
3. ada dua jenis manusia dalam syura. manusia yang pertama ialah yang siap hadir dengan idea dan kritik menunggu masa untuk memuntahkan semua. yang kedua ialah manusia yang bercelaru fikiran yang sekadar hadir bagi menggugurkan jemputan. dia kemudiannya cuma mengangkat tangan dan mengangguk kepala tanda sokongan kepada idea-idea yang dibincangkan dengan penuh bersemangat. tiada satu idea itu pon hasil dari pemikiran dia.lihat dan tunggu. tarikhnya 29/02/2012.

serabut; Islamization bukannya proses short-term.bukannya dengan flashmob.
#meetingwithSRC

4. Ingat lagi kisah budak yang bajet dua langkah kecilnya boleh menyaingi selangkah besar si forener yang berkaki panjang berlangkah lebar dan bergerak pantas di trek USC tahun lepas? dia tertinggal satu pusingan dibelakang bersama beberapa lagi lokal dibelakangnya. tahun ini dia akan cabar mereka lagi. tapi mungkin tahun ini dia lebih bersedia memikirkan cara kekalahan yang lebih terampil. Mungkin dengan terkeluar selepas separuh perlumbaan dengan alasan injury ataupun sengaja melambatkan perlumbaan supaya semua audien paku mata pada dia seorang. biasa dengar nice guys finish last?

kenapa ramai member Xteam tak stay Uthman eh?

#trek3000m

5. Pernah dengar kisah seorang bujang yang hidup bersama tiga bujang lagi yang selalu kelaparan? Kemahiran dapur dia ialah dadih, coklat, maggi, dan juga nasi goreng. Ada satu hari dia mahu makan nasi goreng. Tanpa batu lesung dan blender, dia sediakan plastik kecil, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis, halia dan lumatkan mereka dengan helmet. kemudian digoreng bersama sedikit air asam, tambah garam dan gula.

yummy, sedap dan harum juga. 


6. Rak buku hampir rapuh. penangan bookfair.

7. Keputusan friendly pagi Ahad. Satu match menang. Satu match kalah. Aku main fulltime masa yang kalah tu. ahah. ada orang kata, kualiti game berkadar langsung dengan kualiti Subuh. aisy.

#EPLdahnakstart

8. Pernah dengar blog WarnaKaseh? Nama blognya begitu penuh dengan kecintaan kerana cerita-ceritanya. Terjah padu di sini - link.

sekian untuk randomisasi integrasi, internationalisasi, Islamisasi, komprehensif, eksel?







6 comments:

Aween Md Zahir said...

rak buku rapuh angkara bookfair ??
oh man,,suka ! sure ada bnyk buku besh,,oh btw there's 3 upcoming bookfair soon in kL :)

tak minat EPL ;P heh

blog warna kaseh mmg superb !

Miss.HaNa said...

yg part lumat guna helmet tu kreatif bha.. ;O

faaizz d. zul said...

aween;

voucher dah habis. lagipon byk stok.
curi2 masa je nak baca.

"So many books, so little time.” ― Frank Zappa



missanishhanisanisy;

itulah survival.
pernah cuba? hah.

dill said...

faiz, antara scene yang paling saye suke pabila saye lihat kaum Adam melipat kaki seluar hingga buku lali. saye tau mereka mahu solat atau baru lepas solat.

terasa sejuk kat hati ni :)

dill.

eX-blogger uiam kuantan said...

Triple ICE

'atau'

Ganda 3 IKE.. nice ^_^

faaizz d. zul said...

dill,
alhamdulillah. kadang2 ada orang tak tahu tapi selalu ternampak macam tu.

ex-blogger uiakuantan
nice eh, ike, sek klate oyak gitu...