Salam alayk'
_______________________
(syura)
Kenapa Uthmanians’ flavor?
Aku senyum
sebelum pantulkan jawapan aku dengan soalan.
Apa yang kau
faham tentang flavor?
Din geleng kepala
kemudian menyedut teh o limau ais
bungkus. Ya, sedut, sebab dia pakai straw.
Air apa kau
minum?
Teh o limau ais.
Kenapa namanya teh
o limau ais?
Sebab tehnya,
limaunya, gulanya, dan aisnya. Sebab semua bagai yang jadikan ia teh o limau
ais dalam menu.
Boleh kau relate dengan benda ni?
more info - link |
Maksud kau Uthmanians’ flavor? Apa yang buat Mahallah Uthman dinamakan Uthman? Entah, aku tak
nampak. Tema kau ni terlalu luas. Kenapa kita tak sempitkan skopnya kepada
sesuatu yang kita nak guna kelak?
Tak perlu. Kita dah
ada terlalu banyak gambar bangunan untuk keperluan dokumentasi.
Jadi apa yang kau
nampak pada Uthmanians?
Hah, terlalu
banyak. Geografi kita ada ekologi sempurna. Pada orang, pada landskap, pada air, pada
tumbuhan, pada teman berbulu si kucing dan flamingo, pada teman bersisik si biawak
dan ikan, pada integrasi antara penduduknya sesama mereka dan integrasi mereka
dengan alam. Aku boleh lihat simfoni harmoni disini.
Kau boleh lihatkan
kegiatan hidupan kat sini? Variasinya bila fajar menyinsing, bila azan
melantun, bila perlawanan bola berlangsung, bila hari minggu, bila waktu
riadah, bila ada pohon tumbang meruntun, bila hujan turun buat seorang senyum
bersyukur dan seorang lagi ketat mengeluh.
Oh.
Mahu tahu lagi
apa yang aku nampak? Itu. Atap laluan yang pecah diruntun pohon masih belum
dibaiki. Pohon tumbang itu bencana, atap yang pecah pun juga bencana, tapi
dibiar tak dibaiki itu apa? Sipi-sipi malapetaka. Nuh, laluan air sarat dengan
sampah ertinya kontaminasi. Dinding-atap bocor boleh jadi korupsi. Terpulang,
itu apa yang aku nampak. Aku cuma hargai fotografi. Bukan seorang fotografer.
Jadi kita stick pada tema bebas ni?
Ya, asalkan lokasinya disini. Biarlah peserta bebas interpret cara mereka melihat.Supaya kita dapat sesuatu yang kita tak jangka. Supaya apa
yang kita nampak boleh berevolusi dengan apa yang orang lain nampak. Ada orang
memahami seni lebih baik dari kita, ada orang memahami fotografi lebih baik
dari kita juga. Interpretasi berbeza boleh jadi punca perkongsian membina. Oh ya, musolla kita sekarang ni dah ada dua kiblat. Qiblataini, selepas inspection 3 minggu lepas. Sejarah bukan?
*angguk*
Sebenarnya, bila
kita terlalu menggunapakai nama Uthman untuk refer kepada mahallah, kita boleh
terlupa kenapa dan siapa Uthman dirafa’
naik sebagai tokoh besar dalam sejarah Islam. Kita lupa yang dia terkenal dengan pengumpulan Al-Quran. Kita
lupa beliau adalah teman Rasulullah di syurga. Lagi, beliau menantu Rasulullah
saw dengan gelaran Zunnurain. Pernah
dipinggir oleh kaumnya sendiri sebelum menjadi seorang saudagar yang kaya,
lemah lembut malah pemurah. Kan?
Mana tahu nanti ada peserta yang mahu bawa
fikrah ini dalam fotonya, siapa tahu?
sekian.
- Program Manager -
(UPC'12)
wah, autokrat gitu. ; p
_____________
link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online - http://bit.ly/upc12
______________
link blog UPC'12 - http://uthmanpc.blogspot.com/
link borang penyertaan online - http://bit.ly/upc12
______________
to fatinzuaini : garisan baru dengan pita pelekat ialah kiblat yang baru disahkan JAKIM selepas pemeriksaan. |
6 comments:
Superb.
Eh,kenapa boleh ada dua kiblat?
saya dah update, untuk menjawab.
=)
Dah berapa lama surau tu wujud then baru timbul kekeliruan ni.adeh,tak sangka benda macam ni boleh jadi.
By the way, kita boleh tentukan arah kiblat guna kompas (belajar dalam kelas recreation). kalau jakim lambat sangat bertindak, amek kompas kira sendiri.
Jazakallah atas info.
saya masih ingat.
sem1, ramai kawan2 yg solat di musolla farouq(dekat blok sebelah dgn kiblat berbeza).
sem2, ada kawan dtg bawak kompas. bila cek, kiblat tu betul. opis mahallah jawab dgn surat shj. start tu, musolla penuh.
sem ni. ada jakim bgtau, kompas danau kota tak boleh pakai. kena jauhkan dari besi, & tak boleh letakkan dkt ground etc. entah, mereka lebih tau.
*dulu2 ada terasa cam dlm cerita Sang Pencerah jugak pasal kiblat ni =)
sama kes ngan mahallah salahuddin jugak la. arah kiblat xberapa pasti. kat surau lain kat blik masing2 ikut arah lain. Pakai kompas pun still keliru lagi. kan bagus kalau jakim pun ada dtng kat mahallah nie. tentukan betul2 arah kiblat nie
Post a Comment