salam alayk' and greetings!
=)
dijemput semua ke seminar keluarga sakinah: zina! tragedi sedih umat kini.
|
Zzzzzzzzzz….
Bunyi Fon bergetar dalam mode silent. sms dari mister
presiden. Katanya ada tugasan.
Ada berita untuk sebaran. Petang itu aku terima 3 surat. Dan tadi sempat aku
selesai tempekkan di ruang iklan. Poster yang diatas.
Zzzzzzzzzz….
Fon bergetar lagi. Dalam senyap, aku curi-curi baca mesej
tanpa pengetahuan lecturer.
“kelas petang ni cancel. Madam is hospitalized. Wait for
further info for next class”
“sakit apa?”
“ermm, dengar cerita, miscarriage. Doakan dia”
Ya Allah.
Ada Rasa chill menghembus dari dalam. Bukan sebab dinginnya
penghawa, bukan sebab tiupan sepoi angin pra-hujan. Cumalah tiba-tiba terasa.
Rasa yang buat badan menggigil sentuh air pili di subuh hari,
rasa hiba seakan membukit berlapis-lapis dari dalam dada kiri.
Sebak. Bila cuma dengar beritanya. Entah Apa rasa madam yang
menanggung duka? Bukan mudah terima kenyataan bila tahu gugurnya kandungan.
*pause, berdoa untuk madam*
Hurmm…
Sambil menulis ni, sambil menghadap poster di softboard
biru. Tajuk seminarnya tentang zina. Masalah yang tak terpadam perbahasannya sejak
sekian lama tanpa solusi holistik.
Sms tentang cerita madam masih di talipon.
Kalau ada surat khabar dalam bilik ni, aku macam rasa pasti
berita perihal buang-bayi-buang-janin-buang-anak terpapar dalam liputan. Pasti!
*pause, tarik nafas*
Fikir fikir fikir.
Orang yang sedang menanti cahaya mata hasil perkahwinan yang
halal boleh sahaja diduga Allah tanpa dijangka.
orang yang terlibat dengan zina pula sibuk buang anak buang bukti.
cerita apa ni?
*blog ni dah macam blog iklan. aiseh
2 comments:
Allahu yashfi.. semoga madam itu tabah...
zina... perlunya didikan agama yg kukuh dn teguh diterapkan dlm diri anak-anak hari ni...
keperluan 'menjaga tepi kain orang' antara cara mencegahnya..
Allahu a'lam... ujian setiap umat tu berbeza2 kan??
amin.
tentang seminar tu, belum ada masa nak tuliskan. ada hinky sikit.
=)
Post a Comment