salam alayk'
credit pic |
Bas usang bergerak perlahan sebelum berhenti mengambil penumpang. Si dia
naik terpinga-pinga mencari seat
kosong. Ikal rambutnya terlerai mencecah bahu, kulitnya licin cerah, lirikan
matanya mencuri perhatian. Cuma, ada sesuatu yang aneh tentang bentuk badannya,
terselindung pelik dalam menarik.
Dia duduk menghadap seorang lelaki 30-an dihadapanku. Kakinya disilang gaya pretty boy Korea. Dengan tenang dia
hembuskan asap rokok ke mukanya sendiri. Sekali sekala dia memandang ke
sekeliling, sekali sekala itu jugalah mata kami bertemu.
Lelaki dihadapanku mulakan bicara;
“daripada mana?” soalnya lembut.
“baru lepas jumpa client” jawab si
dia.
“servis biasa?”
“ikut clientlah, saya charge ikut jam”
“berapa sejam?”
“depends…”
Perbualan diteruskan. Buat pertama kali dalam sejarah, aku terpaksa tahan
telinga mendengar perbualan paling lucah secara live di depan mata. Tak cukup berbual, mereka duduk bersebelahan.
Itu kali pertama aku faham jelas makna "ringan-ringan". Astaghfirullah…
Cepat-cepat aku capai earphone dan
tekan play tanpa pilih lagu.
Perlahan-lahan aku pejamkan kelopak mata. Letih di kedai tadi baru
terasa.
Tiba-tiba, aku terasa ada orang memenuhi seat
kosong disebelahku. Tangan kanannya di bahu kananku, peha kirinya menyentuh
peha kananku, mata kami bertentang, jantungku berdegup kencang.
“hai adik…” ujarnya buat aku terpana.
Aku menggelabah bangun mencapai loceng tanpa bicara. Kali ketiga loceng
ditekan barulah driver bas tunjuk
tanda-tanda mahu berhenti. Aku tolak tangan si dia, buka jalan dan terus meluru
ke pintu bas. Belum sempat bas berhenti, aku lompat keluar dan mendarat penuh
kelas di bahu jalan.
Allahu Allah.
Aku perhatikan sekeliling. Ada bus
stop usang, ada deretan kedai-kedai, ada taman perumahan. Tapi, aku kat
mana ni?
Jam menunjukkan pukul 10. Gelap menguasai malam. Aku berdiri di bawah
limpahan cahaya bulan di satu tempat yang asing.
Cis! Ini semua gara-gara suara si dia yang garau tadi.
Ngeri.
Sungguh ngeri.
Sampai sekarang aku fobia dengan pondan.
-----
entri ini ditulis sempena pertandingan menulis cerpen bertajuk "NGERI" oleh FIXI.
tahniah kepada para pemenang. baca di sini.
3 pemenang cerpen "Ngeri"
ohsem ohsem depa nih. takpe, next time nak cuba lagi.
oh ya, cerpen ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis. seriusli.
11 comments:
salam'alayk.
terbukti. budak sains kalau tulis cerpen, biasanya lbh baik dr budak art. nice~
mg b'jaya dpt buku free. amin!
@umairahshafei
wa'alaikumussalam.
umairah, janganlah letak standard tinggi sgt.
saya cuma cuba-cuba menulis.
masih mencuba-cuba.
mudah2an menang.
=)
salamm
uhukhukhuk.. dasat nih..
ngerinyaa!! bimbang x dapat tdo malam da bace ni..
ahaks!! btw, gud luck!! ;)
alaa.....nak try jugak!!! T.T
@Cik Aqilah Wardah
waalaikumussalam.
hakha, kalau ikutkan memang malam tu takboleh tido. takut nightmare.
lagi dasat entri-entri yg menang tu. siriyes.
@puteri cahaya
rajin-rajinlah ye ke page FIXI.
=)
'suara si dia yang garau'
seriau bulu roma aku
huhu
pergghhh !!! mantopz
http://iium-blogger.blogspot.com/2011/09/chosen-video-made-by-malaysians.html
wohoho..termantop ni
@tehr
seriau juga.
jgn tertipu dgn penampilan.
@~ pEJuAnG CiNtA ~
tipu...
mantap celah mana.
@JIJI YU
ni lagi sorang...
hehe.
anyway
thanx for reading.
salam, nice lah. seram if dia naik bas malam2 camtu =_="
@khairunnisa ♥
jgn tertipu dgn rupa!
pondan tetap pondan.
keh3.
Post a Comment