08 September 2011

NGERI

salam alayk'

credit pic


Bas usang bergerak perlahan sebelum berhenti mengambil penumpang. Si dia naik terpinga-pinga mencari seat kosong. Ikal rambutnya terlerai mencecah bahu, kulitnya licin cerah, lirikan matanya mencuri perhatian. Cuma, ada sesuatu yang aneh tentang bentuk badannya, terselindung pelik dalam menarik.

Dia duduk menghadap seorang lelaki 30-an dihadapanku. Kakinya disilang gaya pretty boy Korea. Dengan tenang dia hembuskan asap rokok ke mukanya sendiri. Sekali sekala dia memandang ke sekeliling, sekali sekala itu jugalah mata kami bertemu.

Lelaki dihadapanku mulakan bicara;

“daripada mana?” soalnya lembut.
“baru lepas jumpa client” jawab si dia.
“servis biasa?”
“ikut clientlah, saya charge ikut jam”
“berapa sejam?”
depends…”

Perbualan diteruskan. Buat pertama kali dalam sejarah, aku terpaksa tahan telinga mendengar perbualan paling lucah secara live di depan mata. Tak cukup berbual, mereka duduk bersebelahan. Itu kali pertama aku faham jelas makna "ringan-ringan". Astaghfirullah

Cepat-cepat aku capai earphone dan tekan play tanpa pilih lagu. Perlahan-lahan aku pejamkan kelopak mata. Letih di kedai tadi baru terasa.


Tiba-tiba, aku terasa ada orang memenuhi seat kosong disebelahku. Tangan kanannya di bahu kananku, peha kirinya menyentuh peha kananku, mata kami bertentang, jantungku berdegup kencang.

“hai adik…” ujarnya buat aku terpana.

Aku menggelabah bangun mencapai loceng tanpa bicara. Kali ketiga loceng ditekan barulah driver bas tunjuk tanda-tanda mahu berhenti. Aku tolak tangan si dia, buka jalan dan terus meluru ke pintu bas. Belum sempat bas berhenti, aku lompat keluar dan mendarat penuh kelas di bahu jalan. 

Allahu Allah. 

Aku perhatikan sekeliling. Ada bus stop usang, ada deretan kedai-kedai, ada taman perumahan. Tapi, aku kat mana ni?  

Jam menunjukkan pukul 10. Gelap menguasai malam. Aku berdiri di bawah limpahan cahaya bulan di satu tempat yang asing.



Cis! Ini semua gara-gara suara si dia yang garau tadi.

Ngeri.

Sungguh ngeri.

Sampai sekarang aku fobia dengan pondan.

-----

entri ini ditulis sempena pertandingan menulis cerpen bertajuk "NGERI" oleh FIXI. 

updated :

tahniah kepada para pemenang. baca di sini.

3 pemenang cerpen "Ngeri"


ohsem ohsem depa nih. takpe, next time nak cuba lagi.



oh ya, cerpen ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis. seriusli.


11 comments:

  1. salam'alayk.

    terbukti. budak sains kalau tulis cerpen, biasanya lbh baik dr budak art. nice~

    mg b'jaya dpt buku free. amin!

    ReplyDelete
  2. @umairahshafei
    wa'alaikumussalam.

    umairah, janganlah letak standard tinggi sgt.
    saya cuma cuba-cuba menulis.

    masih mencuba-cuba.

    mudah2an menang.

    =)

    ReplyDelete
  3. salamm

    uhukhukhuk.. dasat nih..
    ngerinyaa!! bimbang x dapat tdo malam da bace ni..

    ahaks!! btw, gud luck!! ;)

    ReplyDelete
  4. @Cik Aqilah Wardah

    waalaikumussalam.

    hakha, kalau ikutkan memang malam tu takboleh tido. takut nightmare.

    lagi dasat entri-entri yg menang tu. siriyes.

    @puteri cahaya

    rajin-rajinlah ye ke page FIXI.

    =)

    ReplyDelete
  5. 'suara si dia yang garau'
    seriau bulu roma aku
    huhu

    ReplyDelete
  6. pergghhh !!! mantopz

    http://iium-blogger.blogspot.com/2011/09/chosen-video-made-by-malaysians.html

    ReplyDelete
  7. @tehr

    seriau juga.
    jgn tertipu dgn penampilan.

    @~ pEJuAnG CiNtA ~

    tipu...
    mantap celah mana.

    @JIJI YU

    ni lagi sorang...
    hehe.

    anyway
    thanx for reading.

    ReplyDelete
  8. salam, nice lah. seram if dia naik bas malam2 camtu =_="

    ReplyDelete
  9. @khairunnisa ♥

    jgn tertipu dgn rupa!

    pondan tetap pondan.

    keh3.

    ReplyDelete

jus kreatif tidak elok disimpan dalam kepala tahu...
alirkanlah dalam aksara;
sini.